Archive for August 2007
Perhimpunan Pertahankan Kemerdekaan – Ahad ini
PERHIMPUNAN PERTAHANKAN KEMERDEKAAN!
Tarikh: 26 Ogos 2007
Masa: 10.30 pagi
Tempat berkumpul: Dataran Merdeka, KL.

Posting ini juga terdapat di blogspot, wordpress dan blogsome – sementara menunggu masalah teknikal di www.arifabdull.com dapat diatasi.
Kutipan Derma Kesatuan Pekerja?
Sejak beberapa tahun yang lepas, sekitar bulan Julai dan Ogos mereka datang ke premis-premis perniagaan untuk mengutip derma yang kononnya akan digunakan untuk kegiatan kesatuan pekerja badan-badan tertentu.
Antaranya, mereka akan memperkenalkan diri mewakili kesatuan pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya untuk mengelirukan anda. Dan, yang terbaru mereka sedang membuat kutipan dengan mendakwa untuk membiayai program kesatuan sempena sambutan 50 tahun Merdeka – Hari Kebangsaan!
Sejam yang lalu, saya didatangi oleh seorang yang menjalankan kegiatan ini dan ternyata individu ini gagal dalam modus operandinya terhadap saya.
Awas! Anda mungkin akan ditipu…
Apa perlu dilakukan?
- Bertegas dan minta mereka tunjukkan bukti pengenalan diri (ID), sijil pendaftaran pertubuhan dan bukti-bukti kewujudan kesatuan tersebut (buat panggilan pengesahan ke nombor telefon yang terdapat pada ID dan dokumen yang ditunjukkan, dan mesti buat salinan semua dokumen ini – sebagai bukti jika anda perlu mengambil tindakan lanjut);
- Persoalkan kewujudan dan aktiviti kesatuan yang benar-benar menyumbang kepada kepentingan pekerja yang mereka wakili (selalunya mereka akan tunjukkan majalah terbitan kesatuan, sila tanya apakah kesatuan itu hanya terbit majalah untuk perjuangkan hak pekerja?);
- Berdasarkan langkah 1 dan 2 seperti di atas, harap anda mampu untuk mengenalpasti samada individu yang mendatangi anda itu adalah palsu atau benar;
- Walau dalam keadaan apapun, anda berhak untuk tidak memberi kerjasama dan ‘menolak untuk menderma’ – DERMA adalah satu tindakan sukarela, tidak ada sesiapa dapat memaksa anda supaya menderma dan sebaliknya;
- Jika anda dipaksa, sila buat laporan polis;
- Sila dapatkan perhatian media seperti TheSun dan Malaysiakini atau tulis tentangnya di dalam blog supaya kegiatan seumpama dapat dihentikan.
Kesatuan pekerja sebenar seperti MTUC tetap kuat mempertahankan hak pekerja walaupun tanpa menghantar pengutip derma ke merata tempat.
Posting ini juga terdapat di blogspot, wordpress dan blogsome – sementara menunggu masalah teknikal di www.arifabdull.com dapat diatasi.
Bila ahli politik jahat itu nak minta maaf?
Isu minta maaf dah jadi sangat penting kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya di kalangan United Malay National Organisation (UMNO) setelah Namewee dikatakan memohon maaf melalui pemimpin MCA.
Malaysiakini melaporkan semalam bahawa kabinet telah menolak permohonan maaf itu.
Sejak bila para pemimpin yang sering menyakiti hati rakyat akibat perbuatan mereka selama ini, tiba-tiba berubah dan tahu perkataan minta maaf. Sepanjang sejarah politik negara ini, berapa kali di kalangan mereka ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat? Padahal kita semua tahu kejahatan mereka ini; rasuah, menipu, menang pilihanraya secara menipu, menghina dan memperbodohkan minda rakyat dan banyak lagi.
Secara terang pula pemuda paling bertuah yang menggelar penulis blog sebagai monyet berkata dia tidak akan memohon maaf. Eksen ko yer? Mentang-mentang bapak mentua ko PM!
Pengajaran terbaik dalam episod Negarakuku: Permohonan maaf rakyat hanya akan dipergunakan untuk keuntungan ahli politik yang tamak ini. Minta maaf bagi mereka hanya menunjukkan anda benar-benar bersalah, sedangkan bagi kita maaf tidak semestinya kerana kesalahan semata-mata.
Hak asasi kita dilawan oleh mereka dengan menggunakan undang-undang! Jangan sampai suatu masa nanti rakyat dah tak pedulikan undang-undang buatan tangan ahli politik jahat, sudahLAH!
Bosan dengan UMNO/BN? Mari kita dengar muzik.
Ini khas untuk sesiapa yang berjiwa muda saja – sebab di kalangan kumpulan muzik anak muda ini ada yang cukup prihatin terhadap penipuan pemimpim ke atas rakyat selama ini




