arifabdull

1 hari lagi: Buktikan Kuasa Rakyat

leave a comment »

1 hari lagi menuju ke Dataran Merdeka, 10 November 2007. Walaupun aku tak sokong idea meminta kuasa feudal raja-raja masuk campur, tapi sebagai solidarity terhadap tuntutan rakyat untuk satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, maka aku akan turut serta dalam perhimpunan pada hari Sabtu ini. Harap-haraplah, raja-raja yang ada sekarang sudah mulai sedar dan insaf tentang kesilapan nenek-moyang mereka yang mengkhianati tuntutan rakyat semasa Hartal 1947 dahulu.

Memandangkan, Perhimpunan UMNO yang merompak rakyat Malaysia akan berakhir hari ini, mari kita hayati lagu khas ini;

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan ‘Bini’

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Keji Dan Haprak
Bersatu Bersetia
Khianat Cogan Katanya

UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia

Kepada semua perwakilan UMNO, Selamat Hari Deepavali dan Selamat Balik Kampung dengan Selamat! Wakakakaka

Written by arifabdull

November 9, 2007 at 1:22 am

Posted in Demokrasi, Pilihanraya

Leave a Reply