arifabdull

Archive for October 2008

Terkini: Aktivis Suaram JB ditahan ISA, akan dibebaskan

with one comment

Aktivis Suaram Cheng Lee Whee, 26 tahun yang ditahan di bawah seksyen 28 ISA malam tadi akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut sumber, sukarelawan wanita (gambar, ehsan Malaysiakini) di sekretariat Suaram Johor Bahru itu akan dibebaskan setelah mahkamah pagi ini menolak permohonan polis untuk meremannya.

Beliau kini bersama peguam, anggota Suaram dan rakan-rakan sedang menguruskan proses jaminan di balai Polis Johor Jaya.

Remand order rejected, activist to be freed soon << Malaysiakini

Written by arifabdull

October 18, 2008 at 12:52 pm

Posted in Demokrasi, ISA

Tagged with , ,

Malaysiakini: Seorang aktivis Suaram JB ditahan ISA

with 3 comments

Sebentar tadi, aku terima sms berikut dari seorang kawan dari kalangan aktivis;

Cheng Lee Whee (Sekretariat, Suaram JB) ditahan di bawah Seksyen 28 ISA pada 10.45 malam tadi”

Bagaimanapun, berita ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya.  Menurut saudara Arul (Suaram), pihaknya sudah meminta kawan-kawan supaya segera menghubungi peguam, aktivis serta pimpinan di sekitar JB untuk tindakan selanjutnya.

Usaha mempastikan berita ini masih sedang dijalankan.

Kemaskini:

Written by arifabdull

October 18, 2008 at 12:33 am

Posted in Demokrasi, ISA

Tagged with , ,

Rockybru mempertahankan pembohongan Utusan Malaysia?

with 12 comments

Hampir termuntah aku membaca posting terbaru blogger yang bangga mengaku sebagai Presiden National Alliance of Bloggers nih.

Mungkinkah sejak dari awal lagi beberapa orang penulis blog seperti Susan Loone, Kickdefella, Haris Ibrahim, uncle Zorro, Black dan ramai lagi telah menghidu ‘udang disebalik batu’ penubuhan kumpulan ini? Biar mereka yang menjawab bagi pihak mereka sendiri.

Tapi aku memang secara terang-terangan tidak setuju dengan penubuhan badan ini, sejak dari mula lagi. Pada masa tu lagi aku dah dapat melihat dengan jelas agenda kelompok Mahathir di dalamnya. Agenda pertama mereka adalah untuk memecahkan kebersatuan di kalangan peserta kumpulan sosio-politik Blogger United (yang asal, dimulai antaranya oleh Susan dan Shieh). Agenda jahat ini berjaya mereka laksanakan dengan sempurna.

Pada bulan Mei 2007, aku pernah menulis tentang kemelut tersebut; All-Blogs Hijacked – Part1 (hilang bersama www.arifabdull.com) & All-Blogs Hijacked – Part 2.

Klik di SINI untuk melihat pingback asal dalam blog Susan

Adalah sangat ‘dangkal dan bengong’ bagi seorang bekas editor akhbar perdana mengaitkan tindakan Umno Cheras mengutip Tabung Azan Untuk Utusan Malaysia itu dengan perjuangan Kebebasan Akhbar. Tak ada kaitan langsung!!

Yang aku nampak, Syed Ali Alhabshee ada agenda lain nih. Almaklumlah, sekarang nih musim pemilihan UMNO.

Teresa yang jadi mangsa ISA, Utusan Malaysia yang kena saman, alih-alih ketua UMNO Bahagian Cheras yang dapat lonjakkan namanya sebagai PEMBELA MELAYU & PEMBELA ISLAM sejati.

Sebanarnya, ini adalah corak gerak politik amalan Mahathir selama ini. Biarkan orang lain jadi mangsa, pastikan dia yang menang.

corak = patern

~~~~~~

Bagi tujuan rujukan pada masa akan datang, aku sengaja letak di bawah ini screenshot posting Rockybru bertajuk Indefence of Utusan Malaysia itu. Di bawah sekali tu, aku nak kongsi bersama komen yang aku hantar di dalam blog beliau berkaitan perkara ini (manalah tahu kalau-kalau dia berat hati nak siarkan komenku itu… hehehe)

Nasib baiklah aku tak pernah ade niat nak join National Alliance of Bloggers (National, heh?).

Nasib baik jugak aku tidak pernah nak mengendeng di mana-mana acara kelompok penyokong Mahathir nih… hehehe

Nasib baiklah sorang blogger terkenal (my uncle) pernah nyatakan kepada aku bahawa kelompok nih memang sah adalah hamba kepada Mahathirisme… (Blogger terkenal tu pun join grup ni pada mulanya).

Kalau tak, tentu sial sampai mampus aku kena berketuakan seorang pendukung Mahathirisme sejati.

~LEGA RASANYA~

Written by arifabdull

October 14, 2008 at 1:19 am

300 nyala lilin di PJ, tuntut Malaysia bebas ISA

with 2 comments

Klik di SINI & SINI untuk gambar-gambar yang lain

Baru balik dari Petaling Jaya selepas menghadiri acara nyala lilin sebagai membantah ISA. Acara berjalan lancar dan aman kerana tidak diganggu Polis Raja Di Malaysia. Menurut pemerhatian rambang, acara tersebut dihadiri lebih kurang 300 orang.

Turut kelihatan di kalangan yang hadir; Marina Raja Petra, uncle Kit Siang, Gobind (Panther Puchong), Haris Ibrahim, uncle Zorro, Gus Gan, Black, Rahmat Haron, Ted, Mustaqeem dan ramai lagi.

Usual Suspect yang tak kelihatan; Faisal Mustaffa (keh keh keh).

Semua yang hadir bersetuju dengan saranan Haris supaya acara ini akan dijalankan pada setiap minggu, di tempat dan pada masa yang sama… “SELAGI ISA TIDAK DIMANSUHKAN & SELAGI SEMUA TAHANAN ISA TIDAK DIBEBASKAN”.

Yang seronoknya, untuk acara nyala lilin minggu akan datang dan seterusnya, mungkin akan ada persembahan nyanyian lagu-lagu perjuangan dan bacaan puisi dari para peserta. Sila datang dan pastikan anda mengajak kawan serta saudara-mara. ;)

Besok pagi, aku telah berjanji dengan beberapa orang Usual Suspect yang lain untuk datang ke Mahkamah PJ, memberi sokongan semangat buat RPK.

Black pula kena hadir di Mahkamah Jalan Duta, dia didakwa atas kes perhimpunan. Sesiapa berkelapangan, sila hadir dan tunjukkan sokongan anda.

Written by arifabdull

October 12, 2008 at 10:08 pm

Najib jadi PM, Malaysia akan hancur (2)

with 3 comments

Belum apa-apa lagi, Mahathir dah mula tunjuk belang dan suruh Najib meminta nasihat daripada orang lama (senior leaders and experts?).

senior leaders + experts = Mahathir

Kalau macam tuh, hancurlah Malaysia. Adakah Najib merupakan penganut Mahathirisme sejati?

Berita ini dimuatkan di Malaysiakini, hari ini.

Malaysia Insider turut memetik berita ini dari Bernama.

Written by arifabdull

October 12, 2008 at 3:38 pm

Posted in Demokrasi