arifabdull

Archive for October 12th, 2008

300 nyala lilin di PJ, tuntut Malaysia bebas ISA

with 2 comments

Klik di SINI & SINI untuk gambar-gambar yang lain

Baru balik dari Petaling Jaya selepas menghadiri acara nyala lilin sebagai membantah ISA. Acara berjalan lancar dan aman kerana tidak diganggu Polis Raja Di Malaysia. Menurut pemerhatian rambang, acara tersebut dihadiri lebih kurang 300 orang.

Turut kelihatan di kalangan yang hadir; Marina Raja Petra, uncle Kit Siang, Gobind (Panther Puchong), Haris Ibrahim, uncle Zorro, Gus Gan, Black, Rahmat Haron, Ted, Mustaqeem dan ramai lagi.

Usual Suspect yang tak kelihatan; Faisal Mustaffa (keh keh keh).

Semua yang hadir bersetuju dengan saranan Haris supaya acara ini akan dijalankan pada setiap minggu, di tempat dan pada masa yang sama… “SELAGI ISA TIDAK DIMANSUHKAN & SELAGI SEMUA TAHANAN ISA TIDAK DIBEBASKAN”.

Yang seronoknya, untuk acara nyala lilin minggu akan datang dan seterusnya, mungkin akan ada persembahan nyanyian lagu-lagu perjuangan dan bacaan puisi dari para peserta. Sila datang dan pastikan anda mengajak kawan serta saudara-mara. ;)

Besok pagi, aku telah berjanji dengan beberapa orang Usual Suspect yang lain untuk datang ke Mahkamah PJ, memberi sokongan semangat buat RPK.

Black pula kena hadir di Mahkamah Jalan Duta, dia didakwa atas kes perhimpunan. Sesiapa berkelapangan, sila hadir dan tunjukkan sokongan anda.

Written by arifabdull

October 12, 2008 at 10:08 pm

Najib jadi PM, Malaysia akan hancur (2)

with 3 comments

Belum apa-apa lagi, Mahathir dah mula tunjuk belang dan suruh Najib meminta nasihat daripada orang lama (senior leaders and experts?).

senior leaders + experts = Mahathir

Kalau macam tuh, hancurlah Malaysia. Adakah Najib merupakan penganut Mahathirisme sejati?

Berita ini dimuatkan di Malaysiakini, hari ini.

Malaysia Insider turut memetik berita ini dari Bernama.

Written by arifabdull

October 12, 2008 at 3:38 pm

Posted in Demokrasi

Najib jadi PM, Malaysia akan hancur

without comments

Sila baca laporan penuh berita ini di Malaysiakini. Berita untuk skop yang sama turut dilaporkan Malaysia Insider.

Laporan berita tersebut merujuk tentang SMS yang menunjukkan peranan Najib dalam kes Altantuya sebagaimana didedahkan Malaysia Today – ‘Abuse of Power by The Deputy Prime Minister‘.

The following text message correspondence is between YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Deputy Prime Minister of Malaysia, and Dato’ Shafee Abdullah, a Malaysian lawyer who initially represented Abdul Razak Abdullah Baginda who is on trial for abeting the murder of Mongolian national, Altantuya Shaariibuu.

While it does not answer lingering questions about Najib’s alleged past relations with Altantuya, the text messages show clearly Najib’s active intereference in the case very early on. The messages highlight Najib’s willingness to speak with both members of the Attorney General’s Chambers and Inspector General of Police about the case, something that suggests an abuse of executive power.

What is particularly revealing and troubling is that the counsel, Shafee, keeps asking Najib for details indicating some political intervention that may have influenced the case. This observation is strengthened by Najib’s message to Shafee on 16 November 2006: “Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost.” This message raises a lot of questions about Najib’s role in this case. Why did he mention “tentative” charge and that “all is not lost” for RB (Razak Baginda)? How would Najib know this before Razak was charged? Is there already a deal in place that will see Razak aquitted? These are important questions which will have ramifications not just on this case but far beyond.

The text messages were transmitted between Najib’s personal mobile phone (+6012 2143177) and Shafee’s mobile phone (+6012 3257052).

Those who seek the truth should challenge Najib and Shafee to deny that this correspondence took place between them. Perhaps a record of the messages still resides in the server of the relevant telecommunications company. Read the rest of this entry »

Written by arifabdull

October 12, 2008 at 2:39 pm

Posted in Blogger, DEB, Demokrasi

Jom ke acara Nyala Lilin bantah ISA

with 2 comments

Aku sedang bersiap-sedia menghadiri acara nyala lilin sebagai tanda membantah ISA yang akan berlangsung di Petaling Jaya malam ini.

Sila rujuk maklumat acara di bawah, diterjemah dari Anti-ISA candlelight vigil in PJ

~~~~~

Tempat: Padang berhadapan Amcorp Mall, bersebelahan Restoran A&W, Petaling Jaya (Peta Google)
Masa: 8 Malam
Tarikh: Ahad, 12 Oktober 2008 (Malam ini)

Sila bawa lilin sendiri (warna merah dan kuning digalakkan) dan pakai baju t-shirt RPK (dan baju Anti-ISA yang lain… hehe). Baju t-shirt RPK akan dijual di tempat acara, selagi stok masih ada. Mari tunjukkan sokongan kita terhadap RPK & keluarga, serta semua tahanan ISA yang lain.

Bagi yang nak datang naik LRT Putra, turun di stesen Asiajaya Tamanjaya.

Written by arifabdull

October 12, 2008 at 2:09 pm

Posted in Blogger, Demokrasi, ISA