300 nyala lilin di PJ, tuntut Malaysia bebas ISA


Klik di SINI & SINI untuk gambar-gambar yang lain
Baru balik dari Petaling Jaya selepas menghadiri acara nyala lilin sebagai membantah ISA. Acara berjalan lancar dan aman kerana tidak diganggu Polis Raja Di Malaysia. Menurut pemerhatian rambang, acara tersebut dihadiri lebih kurang 300 orang.
Turut kelihatan di kalangan yang hadir; Marina Raja Petra, uncle Kit Siang, Gobind (Panther Puchong), Haris Ibrahim, uncle Zorro, Gus Gan, Black, Rahmat Haron, Ted, Mustaqeem dan ramai lagi.
Usual Suspect yang tak kelihatan; Faisal Mustaffa (keh keh keh).
Semua yang hadir bersetuju dengan saranan Haris supaya acara ini akan dijalankan pada setiap minggu, di tempat dan pada masa yang sama… “SELAGI ISA TIDAK DIMANSUHKAN & SELAGI SEMUA TAHANAN ISA TIDAK DIBEBASKAN”.
Yang seronoknya, untuk acara nyala lilin minggu akan datang dan seterusnya, mungkin akan ada persembahan nyanyian lagu-lagu perjuangan dan bacaan puisi dari para peserta. Sila datang dan pastikan anda mengajak kawan serta saudara-mara.
Besok pagi, aku telah berjanji dengan beberapa orang Usual Suspect yang lain untuk datang ke Mahkamah PJ, memberi sokongan semangat buat RPK.
Black pula kena hadir di Mahkamah Jalan Duta, dia didakwa atas kes perhimpunan. Sesiapa berkelapangan, sila hadir dan tunjukkan sokongan anda.




[...] other reports on the PJ anti-ISA vigil last night, go HERE , HERE and [...]
Petaling Jaya says no to ISA « The People’s Parliament
October 13, 2008 at 5:51 am
Saya juga berada di sana. Sebenarnya Polis berada di sekeliling sahaja. Saya nampak mereka berdekatan TNB sebelah dengan Taman Jaya tu. Tak nak tunjuk muka aje. Biar apa pun, asalkan acara kita lancar, jgnlah peduli dengan dia orang tu.
Jarod
October 13, 2008 at 8:48 am