Archive for October 14th, 2008
Rockybru mempertahankan pembohongan Utusan Malaysia?
Hampir termuntah aku membaca posting terbaru blogger yang bangga mengaku sebagai Presiden National Alliance of Bloggers nih.
Mungkinkah sejak dari awal lagi beberapa orang penulis blog seperti Susan Loone, Kickdefella, Haris Ibrahim, uncle Zorro, Black dan ramai lagi telah menghidu ‘udang disebalik batu’ penubuhan kumpulan ini? Biar mereka yang menjawab bagi pihak mereka sendiri.
Tapi aku memang secara terang-terangan tidak setuju dengan penubuhan badan ini, sejak dari mula lagi. Pada masa tu lagi aku dah dapat melihat dengan jelas agenda kelompok Mahathir di dalamnya. Agenda pertama mereka adalah untuk memecahkan kebersatuan di kalangan peserta kumpulan sosio-politik Blogger United (yang asal, dimulai antaranya oleh Susan dan Shieh). Agenda jahat ini berjaya mereka laksanakan dengan sempurna.
Pada bulan Mei 2007, aku pernah menulis tentang kemelut tersebut; All-Blogs Hijacked – Part1 (hilang bersama www.arifabdull.com) & All-Blogs Hijacked – Part 2.
Klik di SINI untuk melihat pingback asal dalam blog Susan
Adalah sangat ‘dangkal dan bengong’ bagi seorang bekas editor akhbar perdana mengaitkan tindakan Umno Cheras mengutip Tabung Azan Untuk Utusan Malaysia itu dengan perjuangan Kebebasan Akhbar. Tak ada kaitan langsung!!
Yang aku nampak, Syed Ali Alhabshee ada agenda lain nih. Almaklumlah, sekarang nih musim pemilihan UMNO.
Teresa yang jadi mangsa ISA, Utusan Malaysia yang kena saman, alih-alih ketua UMNO Bahagian Cheras yang dapat lonjakkan namanya sebagai PEMBELA MELAYU & PEMBELA ISLAM sejati.
Sebanarnya, ini adalah corak gerak politik amalan Mahathir selama ini. Biarkan orang lain jadi mangsa, pastikan dia yang menang.
corak = patern
~~~~~~
Bagi tujuan rujukan pada masa akan datang, aku sengaja letak di bawah ini screenshot posting Rockybru bertajuk Indefence of Utusan Malaysia itu. Di bawah sekali tu, aku nak kongsi bersama komen yang aku hantar di dalam blog beliau berkaitan perkara ini (manalah tahu kalau-kalau dia berat hati nak siarkan komenku itu… hehehe)
Nasib baiklah aku tak pernah ade niat nak join National Alliance of Bloggers (National, heh?).
Nasib baik jugak aku tidak pernah nak mengendeng di mana-mana acara kelompok penyokong Mahathir nih… hehehe
Nasib baiklah sorang blogger terkenal (my uncle) pernah nyatakan kepada aku bahawa kelompok nih memang sah adalah hamba kepada Mahathirisme… (Blogger terkenal tu pun join grup ni pada mulanya).
Kalau tak, tentu sial sampai mampus aku kena berketuakan seorang pendukung Mahathirisme sejati.
~LEGA RASANYA~




