arifabdull

Archive for November 2008

Teori RAHMAN adalah tahyul

without comments

Malaysiakini memetik laporan Bernama berkaitan fatwa pengharaman senaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Nampaknya pergerakan silat dan seni mempertahankan diri juga wajib berasa kecut perut, selepas ini. Mamandangkan banyak juga amalan kumpulan seni mempertahankan diri ini, seperti acara semah dan buka gelanggang mungkin dapat ditakrifkan sebagai khurafat.

Tapi, aku pelik juga dengan majlis fatwa nih. Kenapa mereka terlepas pandang terhadap satu teori yang nyata-nyata bertentangan dengan Islam, iaitu teori yang mengatakan bahawa Perdana Menteri negara ini adalah bersandar kepada teori RAHMAN. Teori RAHMAN adalah tahyul kerana ia bersifat ramalan, sama hukumnya seperti menilik.

Siapa pengganti Nabi Muhammad SAW, sebagai khalifah pun tidak pernah ditentukan secara mistik sebegini.

Aku menentang teori RAHMAN kerana ianya adalah anti-demokrasi. Sepatutnya, semua rakyat Malaysia berhak untuk memilih siapa perdana menteri mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, pedih hatiku apabila hak aku memilih perdana menteri ditidakkan oleh hanya satu teori bodoh.

Sebagai rakyat Malaysia, pedih hatiku apabila hak aku memilih perdana menteri ditidakkan oleh hanya sekumpulan 190 ketua bahagian UMNO yang bodoh.

Sebagai rakyat Malaysia, pedih hatiku apabila hak aku memilih perdana menteri ditidakkan oleh hanya seorang Mahafiraun yang bodoh.

Bagaimanapun, tak perlulah majlis fatwa menyibuk dengan mengharamkannya pula kerana aku sendiri tidak pernah menaruh kepercayaan kepada teori karut ini. Hanya mereka yang mudah dibodohkan akan terpedaya dengan pembohongan yang direka melalui teori ini. Berdasarkan kepercayaan teori ini, para penganutnya meletakkan nama-nama perdana menteri Malaysia seperti berikut:

Rahman

Abdul Razak

Hussein Onn

Mahathir Mohamad

Abdullah Ahmad Badawi

Najib Abdul Razak (suami si Rosmah, bakal PM?)

Read the rest of this entry »

Written by arifabdull

November 23, 2008 at 4:28 pm

DIY: Lampu suluh untuk candle light vigil

with 3 comments

Polis Petaling Jaya telah melarang kita menggunakan lilin.

nocandles

Kenapa pening-pening kepala? Inilah masanya untuk kita semua berkreatif dan inovatif. Anda sendiri boleh membuatnya. Berdasarkan panduan DIY (sendiri-lakukan) yang disediakan di Reject Mahathirism, aku akan cuba membuatnya sendiri.

`

Kita hanya perlukan:-

1). Lampu suluh

2). Cawan (kertas/plastik)

3). Tebuk lobang pada cawan anda (lobang tempat masukkan lampu suluh)

4). Anda mungkin akan memerlukan gam atau cellophane-tape untuk melekatkan lampu suluh dengan cawan anda.

5). Hasilnya, bergantung kepada daya kreativiti dan inovasi yang anda miliki.

Dengan lampu suluh rekaan ini, anda boleh menggunakannya ketika berada di 2 acara pada malam ini.

PJ Anti-ISA Vigil
Tarikh: Ahad, 23 Nov 2008
Tempat: Depan MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
Masa: 8.00 malam

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut.

ATAU

isa-bantah


Written by arifabdull

November 23, 2008 at 2:14 pm

Posted in Blogger, Demokrasi, ISA

Tanda-tanda pilihanraya umum mengejut?

with 3 comments

Snap Election? Adakah perkembangan terkini dapat dianggap sebagai tanda-tanda akan diadakan pilihanraya umum mengejut di Malaysia? Mungkin ya dan mungkin tidak?

Sila baca 2 laporan berita yang dimaksudkan:

- PLUS tawar diskaun mulai 1 Januari Malaysiakini

- Harga petrol, diesel turun lagi Malaysiakini

Written by arifabdull

November 18, 2008 at 2:57 pm

Memperingati BERSIH 1011 malam ini di PJ

with 4 comments

remembering 1011

Agenda: Ulangtahun Pertama Memperingati Perhimpunan BERSIH 1011

Tarikh: 9 November 2008 (Ahad/malam ini)

Masa: 9 – 12 malam

Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (Berhadapan Amcorp Mall, sebelah Restoran A&W)

Sila datang bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran anda. Pakai baju warna KUNING dan sila bawa lilin, alat muzik atau apa saja yang mampu memeriahkan sambutan kemenangan rakyat ini.

Klik di SINI untuk maklumat lanjut.

Written by arifabdull

November 9, 2008 at 12:40 pm