Archive for December 2008
Jawapan kepada VIRUS PALING BAHAYA MASAKINI di malaysiakini
Mengatakan CINTA adalah bahaya merupakan teori paling dangkal, sesat dan mengelirukan.
Manusia yang menolak CINTA adalah golongan manusia yang gagal.
Cinta (loves) bukan punca kepada masalah manusia. Punca masalah yang sedang menimpa manusia adalah PEMILIKAN (rukun iman kapitalis) yang akhirnya menimbulkan sifat TAMAK. Sifat Tamak inilah yang membawa kepada pergaduhan, peperangan dan banyak lagi penyakit menimpa manusia kini.
Sifat pemilikan bukan sifat semulajadi manusia, sedangkan cinta hakiki adalah sifat yang wujud sejak manusia lahir di dunia. Pemilikan hanyalah wujud apabila manusia zaman purba mula belajar menternak dan menanam tumbuhan. Mereka kemudiannya memagar kawasan tanaman dan ternakan mereka. Proses pemagaran ini berkembang dan membesar sehingga membina sempadan negara. Akibatnya berlakulah perang berebut sempadan dan takluk-menakluki antara negara-negara ini. Yang menang akan menakluk (memiliki) negara yang kalah.
Sedangkan, cinta hakiki bukan untuk memiliki, tidak juga bermakna dimiliki. Jika anda percaya bahawa apabila anda mencintai seseorang (atau sesuatu), bermakna anda telah memiliki dan dimiliki olehnnya, maka anda telah gagal memahami hakikat cinta yang sebenarnya. Pengertian dan definisi cinta anda telah berjaya dipengaruhi oleh sifat PEMILIKAN – fahaman anutan kapitalis (musuh rakyat miskin itu).
Tiada bukti menunjukkan mana-mana manusia yang tidak bercinta dengan manusia lain (atau apa saja) adalah baik dan suci. Malah, manusia paling jahat yang mencuri simpanan bakal jemaah haji di Tabung Haji beberapa tahun lalu itu bukannya seorang Mat Cintan dari Bangsar Utama. Dia dikatakan merupakan seorang Ustaz, Haji, Melayu dan beriman(?).
Hentikanlah dakyah mengelirukan manusia dari memahami kebobrokan kapitalis dengan menjaja nama Allah swt.
p/s: korang lahir pun kerana mak dan bapak korang bercinta…. lainlah kalau derang main entot-entot tanpa perasaan cinta… dan korang pun lahir wakakakakaa
Kwn kita Shukri, bekas wartawan sk meninggal
Baru dapat sms dari Isham, tentang berita sedih bahawa kawan kita Shukri, bekas wartawan Suara Keadialan (SK) telah meninggal dunia awal pagi tadi.
Berita ini telah disahkan oleh saudara Ebrahim wartawan SK.
Aku terhutang budi dengan arwah, terutamanya ketika aku ditangkap Polis PJ pada 9 November 2008, beliaulah yang telah menyelamatkan motorsikal yang aku tinggalkan di sekitar Publik Bank. Shukri ketika itu sedang membuat liputan perkembangan penangkapan kami sehingga lewat jam 3 pagi.
Kepada semua kawan-kawan yang berkenaan, sila datang ke rumah beliau di Brickfield (hadapan Vivikenanda).
AWAS! Melodi Operasi Lalang mula bergema di Malaysia
Kepada semua Anak Bangsa Malaysia,
Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nada dan melodi yang mereka sedang lagukan kini.
Menjelang Operasi Lalang dulu, aku masih kecik. Tapi, melalui pembacaan bahan sejarah kini aku tau apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu.
Apa yang berlaku?
Beberapa pihak bertelagah di dalam UMNO. Bergaduh. Berebut jawatan. Untuk selesaikan masalah, mereka perlu mencari kambing hitam untuk dikorbankan. Maka, merekapun membangkitkan isu-isu perkauman. Orang MCA kecam orang UMNO, pemimpin UMNO mengutuk pemimpin MCA, dan polemik perkauman ini berterusan menghangatkan suasana politik di media dan surat khabar.
Akhirnya, satu operasi menangkap beratus orang menggunakan ISA dilancarkan, kononnya untuk menenangkan keadaan (demi kententeraman awam?). Ironinya, mereka yang bertelagah dan kecam-mengecam tadi (yang membangkitkan isu perkauman) tidak terlibat dalam senarai tangkapan. Malangnya, beratus orang aktivis hak asasi dan ahli politik pembangkang telah disumbat ke dalam ISA yang zalim itu.
Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia tidak perlu berasa pelik kenapa Mahafiraun Kecil ini tiba-tiba mendesak supaya sekolah jenis kebangsaan ditutup. Beliau sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh orang UMNO dahulu.
Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia tidak perlu berasa terperanjat kenapa Chua Soi Lek tiba-tiba menolak “ketuanan Melayu”. Beliau sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh orang MCA dahulu.
Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia jangan gusar apabila GGMM mahu menyaman Chua Soi Lek. Mereka sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh kuncu-kuncu UMNO dahulu.
Ini semua hanya lakonan belaka.
Selepas Operasi Lalang 1987 itu, MCA, MIC tetap saja bersekongkol dengan UMNO dan mereka akan terus bersekongkol menipu seluruh rakyat Malaysia.
Nak tau lebih lanjut, datanglah beramai-ramai ke Forum Anti-ISA di Majlis Peguam, 8 malam ini.


