Archive for March 29th, 2009
Adili Najib di Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai
Sekarang marilah kita adili Umno-BN (baca; Najib) melalui tindakan, bukan khabar angin. Sempena kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai inilah masa paling sesuai bagi mengadili kesungguhan mereka untuk ‘berubah’.
Apa maksud sebenar di sebalik berita di bawah ini?
Rush to address Bkt Gantang squatters’ land issue
TAIPING, March 29 – Efforts are being made to solve the land issue faced by residents who, for a very long time, have illegally settled on Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) land in Kuala Sepetang, near here.
Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat said most of the squatters were fishermen who had stayed on the land which was laid with a railway track connecting Port Weld (now Kuala Sepetang) with Taiping.
“It’s an old problem. There’s a lot of such land used for the railway line but now still occupied by people, mostly families of fishermen. After such a long time, they want to know the status of the land.
“I have instructed KTMB and the Railway Asset Management Corporation to carry out a census to find out the number of households occupying KTMB land there and we will try to solve the problem,” he said after a closed-door dialogue with the Chinese community in Bukit Gantang, here, today.
Ini adalah masalah yang sengaja direka dan diperam oleh Umno-Bn untuk projek pilihanraya. Isu ini adalah masalah lama yang sengaja dibiarkan selama puluhan tahun, tiba-tiba dikeluarkan menjelang pilihanraya untuk memancing undi.
Sudah berdekad kita berikan mereka kuasa, tiba-tiba sekarang baru tergesa-gesa mahu selesaikan masalah yang dihadapi rakyat?
Inilah bukti sahih (melalui tindakan gerombolan) bahawa Najib hanya mempermain dan memperbodohkan rakyat. Sekarang sudah terbukti Najib dan gerombolan Umno hanya menggunakan ‘perubahan’ sebagai tema dalam usahanya untuk mengaburi mata rakyat.
50 tahun makan gaji buta, 9 hari kempen masalah rakyat akan selesai?
Adakah ini adil?
Altantuya menjelma di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

Arwah Altantuya dikesan berada di Bukit Gantang pagi tadi (gambar ehsan Malaysiakini).
.

KESIAN… Anok sapo ni?
.

Anak bapak!!
Kapal selam ditemui di Bukit Gantang

Inilah kapal selam Bukit Gantang.

Berani betul bawa kapal selam nih, tak takut pun nanti kena ISA…bagus rakyat Malaysia!!!

Mahalkah kapal selam nih? hehehe
I took this list of important blogs from The Whisperer
ISA dilupakan di Bukit Gantang
Special Bunch (SB) yang terdiri daripada sekumpulan blogger Barisan Rakyat bersama BloggersNetwork baru saja selesai bertemu dengan YAB Dato’ Seri Nizar dan pegawai-pegawai penting dalam Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang. Perbincangan dilakukan dalam keadaan kondusif dan sangat berhasil.
Namun, aku merasakan bahawa ada satu perkara penting yang terlupa atau gagal ditonjolkan dalam perbincangan tadi.
Harus diingat, semasa pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu, Pakatan Rakyat telah menang besar kerana (salah satu daripadanya) rakyat percaya bahawa, jika menang pilihanraya Pakatan Rakyat akan mansuhkan ISA.
Kalau nak kata ISA adalah isu kebangsaan (nasional), kerana isu tempatan mahu diutamakan, aku rasa tak betul sepenuhnya. Memandangkan Kem Tahanan ISA sekarang terletak di Kamunting (bersebelahan Bukit Gantang). Sanggupkah pengundi di Bukit Gantang melepaskan peluang untuk menunjukkan kepada Umno bahawa Pusat Tahanan ISA tidak sepatutnya berada di negeri Perak?
Ketuanan Rakyat vs Ketuanan Melayu ( baca; Ketuanan Umno)
Dalam perhimpunan Agong Umno yang baru saja berakhir hari ini, mereka mendesak supaya semua jawatan-jawatan penting terutamanya Naib Chansellor universiti-universiti mestilah ‘orang Umno’. wakakakaa!!!! Benarkah Umno memperjuangkan orang Melayu? Kerana, bukan semua orang Melayu adalah ahli Umno. Maknanya, bangsa Melayu bukanlah perjuangan Umno, jauh sekali untuk mereka menyedari kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat adalah TEMA UTAMA pilihanraya-pilihanraya kecil yang sedang kita hadapi ini.
I took this list of important bloggers from The Whisperer


