Ubah Tiang Gol: SPR Akan Laksana Urusan Persempadan Semula

PUTRAJAYA, 1 April (Berinama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses mengubah tiang gol (a.k.a persempadanan semula) bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mengubah tiang gol itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan  Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“SPR dah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan mengubah tiang gol itu ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun,” katanya dalam temuramah dengan Bernama dan RTM di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata setelah lima kali urusan mengubah tiang gol itu dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh perlembagaan dilakukan SPR.

“Apa  yang dilakukan SPR seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu sama ada bahagian Parlimen atau negeri diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu di mana jumlah pemilih berkurangan,” katanya. Read the rest of this entry »


UKM4: Pihak berkuasa teruskan tindakan menjelang peperiksaan

Susulan kes 4 mahasiswa UKM didakwa melanggar AUKU oleh pihak berkuasa universiti kerana kononnya terlibat di dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor pada tahun lalu, saya mendapat khabar bahawa mereka bakal terpaksa menghadap mahkamah tatatertib pada 6 dan 7 April ini.

Tindakan pihak berkuasa UKM dalam kes ini memang ‘berniat jahat’ (mala fide)  kerana secara terang-terangan dilakukan untuk ‘menganiaya’ keempat-empat mahasiswa terbabit memandangkan tarikh prosiding pendakwaan itu bakal dijalankan menjelang hari peperiksaan. Pihak berkuasa UKM seolah-olah sengaja memilih tarikh tersebut untuk memastikan supaya tumpuan kepada proses menyediakan pembelaan diri mereka terjejas akibat kesibukan mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Memandangkan kesemua mahasiswa terbabit bakal menduduki peperiksaan akhir pengajian yang penting untuk menentukan samada mereka lulus pengajian atau tidak, maka tindakan pihak berkuasa UKM sengaja memilih tarikh di atas sudah pasti bertujuan bagi mewujudkan gangguan serta tekanan emosi mendalam ke atas mahasiswa terbabit sehingga menjejaskan persediaan dan tumpuan mereka dalam menghadapi peperiksaan juga.

Saya juga dimaklumkan bahawa  prosiding tatatertib kali ini bakal dilaksanakan pihak berkuasa UKM walaupun proses rayuan untuk menyemak keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur sebelumnya bersabit perkara ini masih lagi berlangsung.

Kepada semua pihak yang prihatin, harap dapat membuat sebarang riaksi dalam apa jua bentuk atau tindakan sebagai tanda sokongan terhadap nasib mahasiswa UKM4 — mangsa tindakan zalim penguasa UKM yang memperalatkan AUKU.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.