arifabdull

Posts Tagged ‘Hindraf

300 nyala lilin di PJ, tuntut Malaysia bebas ISA

with 2 comments

Klik di SINI & SINI untuk gambar-gambar yang lain

Baru balik dari Petaling Jaya selepas menghadiri acara nyala lilin sebagai membantah ISA. Acara berjalan lancar dan aman kerana tidak diganggu Polis Raja Di Malaysia. Menurut pemerhatian rambang, acara tersebut dihadiri lebih kurang 300 orang.

Turut kelihatan di kalangan yang hadir; Marina Raja Petra, uncle Kit Siang, Gobind (Panther Puchong), Haris Ibrahim, uncle Zorro, Gus Gan, Black, Rahmat Haron, Ted, Mustaqeem dan ramai lagi.

Usual Suspect yang tak kelihatan; Faisal Mustaffa (keh keh keh).

Semua yang hadir bersetuju dengan saranan Haris supaya acara ini akan dijalankan pada setiap minggu, di tempat dan pada masa yang sama… “SELAGI ISA TIDAK DIMANSUHKAN & SELAGI SEMUA TAHANAN ISA TIDAK DIBEBASKAN”.

Yang seronoknya, untuk acara nyala lilin minggu akan datang dan seterusnya, mungkin akan ada persembahan nyanyian lagu-lagu perjuangan dan bacaan puisi dari para peserta. Sila datang dan pastikan anda mengajak kawan serta saudara-mara. ;)

Besok pagi, aku telah berjanji dengan beberapa orang Usual Suspect yang lain untuk datang ke Mahkamah PJ, memberi sokongan semangat buat RPK.

Black pula kena hadir di Mahkamah Jalan Duta, dia didakwa atas kes perhimpunan. Sesiapa berkelapangan, sila hadir dan tunjukkan sokongan anda.

Written by arifabdull

October 12, 2008 at 10:08 pm

Lawan BN dengan Hartal

with one comment

Kejadian perobohan kuil, masjid, surau, rumah setinggan semakin rancak dilakukan oleh pihak BERKUASA kebelakangan ini. Semakin banyak juga tulisan-tulisan beremosi di Internet yang menggambarkan kemarahan rakyat.

Saya sangat sedih dan marah dengan tindakan kerajaan di bawah Barisan Nasional yang terus mendiskriminasi rakyat negara ini.

Dalam banyak kejadian dan tindakan zalim ini, pemerintah sebenarnya hanya mahu memenuhi kehendak pihak pemilik modal (contoh: syarikat pemaju tanah) dan melupakan kesusahan/tuntutan rakyat, seperti yang berlaku di Kampung Rimba Jaya dan Kampung Berembang.

Harap-harap dengan terus bersikap zalim, rakyat akan bersatu dan bertindak terhadap Barisan Nasional dengan melawan balik kekejaman mereka itu. Tetapi, melawan balik tidak bermakna kita mesti merobohkan masjid-masjid (buat mereka yang marah akibat rumah ibadat mereka dirobohkan pegawai majlis perbandaran, kebetulan beragama Islam). Kita tidak akan menang melawan kezaliman BN ini dengan tindakan balas dendam yang penuh emosi.

Saya fikir, kesusahan yang kita alami sekarang ini bukanlah pertentangan antara agama Islam lawan Hindu. Keperitan ini juga tidak ada kaitan dengan sengketa antara kaum India, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Jakun dan lain-lain. Musuh orang Melayu bukan orang India atau Cina. Musuh rakyat bukan agama Islam atau Kristian.

Musuh sebenar rakyat Malaysia adalah kenaikan harga minyak, kenaikan kadar bayaran tol, penyelewengan, rasuah, pembohongan media dan sebagainya. Gejala-gejala jahat inilah yang telah menyebabkan kita semua terpaksa hidup dalam kesusahan yang perit.

Semua kesusahan dan keperitan hidup ini adalah akibat kejahatan pemimpin negara yang datang dari Barisan Nasional. Mereka sangat pentingkan kekayaan dan kuasa kerana itulah mereka seringkali memihak kepada kepentingan para pemodal (termasuk, syarikat pemaju tanah) dan tidak mahu memperdulikan tuntutan rakyat.

Jadi, kita hendaklah bersatu untuk melawan dan kalahkan musuh sebenar, iaitu Barisan Nasional. selagi BN berkuasa, kita akan terus susah kerana mereka ini semua tamak kuasa dan duit.

Mahu lawan BN ini tidak semestinya dengan cara tidak mengundi calon mereka semasa pilihanraya sahaja. Undi pembangkang? BERSIH telah menyatakan bahawa pilihanraya di Malaysia tidak adil. Memang benar. Jadi, pilihanraya mungkin tidak akan memberi harapan besar kepada kita yang mahu memberi pengajaran buat BN. Selagi sistem pilihanraya tidak mengalami proses reformasi.

Lagipun, sudah tentu BN akan tahu lebih awal apabila mereka dapat dikalahkan melalui proses pilihanraya, sudah pasti awal-awal lagi pilihanraya akan mereka haramkan.

Jadi, kita mesti guna cara lain untuk kalahkan BN. Bagaimana?

Boikot pilihanraya? Ya, boikot pilihanraya adalah satu kaedah berkesan dan ditakuti oleh pemerintah. Dengan syarat, majoriti rakyat (mungkin, 50%) berdegil tidak mahu turun mengundi dan hanya calon dari BN yang masuk bertanding. BN akan menang 100%, tapi tanpa legitimasi dan kemenangan itu dapat dianggap sebagai tidak bermoral.

Ada satu cara lagi. Dalam sejarah negara kita, kaedah dan strategik politik ini pernah digunakan oleh rakyat negara ini ketika menentang British pada tahun 1940-an dahulu. Mereka melawan dengan melancarkan ‘Hartal’.

Hartal adalah tindakan mogok sebagai menghindari tindakan kekerasan atau keganasan (Non-Violence-Resistence). Pada 20 Oktober 1947, Hartal telah berjaya dilakukan di seluruh Malaya. Dilaporkan bahawa British telah mengalami kerugian berpuluh ribu dollar akibat Hartal itu. Hartal adalah punca sebenar British mahu beri kemerdekaan kepada Malaya.

Sebanarnya, Hartal yang bermakna mogok juga adalah senjata utama perlawanan rakyat India yang diketuai Mahatma Ghandi ketika melawan British di India dahulu.

Mari kita cari “ada apa dengan Hartal“.

Berkaitan:

- Fracas at the temple di Malaysiakini.tv

- Hindraf supporters top Altantunya case? di Malaysiakini


Written by arifabdull

December 5, 2007 at 7:41 pm