Perhimpunan 100K Rakyat – Panduan apabila anda ditangkap

_______&_______

LAPORAN TERKINI HIMPUNAN RAKYAT di Malaysia-Today

_______&_______

Penangkapan Polis dan Anda

1. Bilakah penangkapan berlaku?

a.. Ada beberapa cara, Polis mungkin berkata, “Saya tahan awak”, “Awak ditangkap”. Polis mungkin juga menggari anda tanpa berkata apa-apa. Polis mungkin juga surah anda jangan bergerak dari tempat anda.

2. Apakah hak anda jika ditangkap?

a.. Selepas ditangkap, Polis tidak boleh melakukan kekerasan atas anda. Sebarang kekasaran yang dilakukan oleh pegawai Polis boleh dihukum di bawah Akta Polis 1971. (catatkan nama dan nombor ID pegawai tersebut)
b.. Hanya Polis wanita yang boleh periksa wanita yang ditangkap.
c.. Orang yang ditangkap mempunyai hak asasi di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk diberitahu secepat mungkin dalam bahasa harian, sebab-sebab pengangkapan tersebut.
d.. Perlembagaan Persekutuan juga memberi orang yang ditangkap hak untuk meminta nasihat atau dibela oleh pengamal undang-undang yang dipilihnya.

3. SOAL SIASAT POLIS?

a.. Polis akan mengambil kenyataan BERAMARAN (di bawah seksyen 113 – Kanun Prosedur Jenayah) daripada anda, di mana anda hanya perlu berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (ikut alamat dalam IC sahaja). Selain daripada itu, anda dinasihatkan mendiamkan diri dan hanya memberikan keterangan di Mahkamah.

4. Adakah anda berhak untuk berdiam diri?

a.. BOLEH. Selepas anda ditangkap, anda berhak untuk mendiamkan diri. Khususnya soalan-soalan yang berkemungkinan akan mendedahkan anda kepada tuduhan jenayah, penalti atau pelucutan hak (hak menunjukkan diri tidak bersalah)
§ Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah.

4. BERAPA LAMA BOLEH DITAHAN?

a.. Polis hanya berkuasa untuk menahan anda 24 jam setalah ditangkap.
b.. Kalau Polis hendak tahan lebih lama dari itu, Polis perlu dapatkan Perintah Magistret melalui permohonan remand.
c.. Masa yang paling lama untuk remand adalah 14 hari daripada tarikh tangkap. Seksyen 117 dalam Kanun Prosedur Jenayah.

Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan peguam untuk membela anda.

Suara rakyat malaysia (SUARAM) 603-77843525 / 03-77835724

Posted in Demokrasi, Pilihanraya
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

November 2007
M T W T F S S
« Sep   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin