Perhimpunan 100K Rakyat – Panduan apabila kawan anda ditangkap

_______&_______

LAPORAN TERKINI HIMPUNAN RAKYAT di Malaysia-Today

_______&_______

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN SEKIRANYA KAWAN ANDA DITangkap Polis

1. SEBAGAI PENJAMIN

a.. Ahli keluarga atau kawan boleh hadir di balai / lokap untuk menjadi penjamin.
b.. Penjamin tidak perlu bawa wang tunai, tetapi perlu janji yang wang jamin dibayar jika orang kena tahan (OKT) tidak hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.

2. MEMBAWA MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA OKT

a.. Anda boleh membawa makanan dan minuman kepada rakan anda yang ditahan memandangkan mereka mungkin tidak dibekalkan dalam lokup.

3. MEMBUAT LAPORAN POLIS

3.1 Anda digalakkan membuat laporan polis terhadap polis di mana-mana balai polis bahawa rakan anda ditahan oleh polis tanpa sebab.

3.2 Buat laporan polis sekiranya, anda mendapati rakan anda menghilangkan diri tanpa diketahui oleh siapa-siapa.

Beberapa perkara apabila kita menulis ADUAN polis

i. Berikan maklumat penuh tentang penangkapan.

§ Di mana kejadian berlaku, siapa berada di sana, pukul berapa, saksi, warna objek, perasaan anda, sebab membuat aduan, nama-nama dan sebagainya.

ii. Berikan nama dan gambaran orang yang menangkap rakan anda

§ Contoh: seorang polis / lelaki dalam lingkungan umur 30an, tinggi, berkulit hitam, pakai baju gelap dan sebagainya menggunakan kekerasan semasa tangkap.

iii. Perlu nyatakan beberapa unsur jenayah

Contoh:

Pihak Polis atau orang yang tidak diketahui – telah membawa rakan saya. Saya berasa risau terhadap keselamatan rakan saya.

Boleh diganti dengan:

Pihak Polis atau orang yang tidak diketahui – telah melakukan satu jenayah dengan menahan rakan saya tanpa sebab. Ia jelas merupakan satu tahanan yang berniat jahat dan salah disisi undang-undang, kerana rakan saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah. Saya berasa risau terhadap keselamatan rakan saya dan menggesa pihak polis membebaskan rakan saya dengan segera.

4. MEMBUAT PANGGILAN KE BALAI POLIS

a.. Anda digalakkan membuat panggilan ke balai polis yang telah dikenapasti rakan anda ditahan di situ, untuk bertanya sebab apa rakan anda ditahan, bilakan rakan anda akan dibebaskan, keadaan dia sekarang, siapa lagi ditahan disitu dan sebagainya.
a.. Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Tel: 03-20702222
b.. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Tel: 03-21460522, 03-2485522

Suara rakyat malaysia (SUARAM) 603-77843525 / 03-77835724

Posted in Demokrasi, Pilihanraya
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

November 2007
M T W T F S S
« Sep   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin