“Massive Crackdown” sudah bermula

Suasana politik negara sedang menuju ke puncak kepanasan. Tangkapan demi tangkapan telah dan sedang berlaku ketika ini.

Adakah ini adalah tangkapan besar-besaran?

Yang pasti, polis sekarang sedang giat menjalankan tangkapan-tangkapan ini di bawah kod nama ‘ops padam’. Itu yang kita dapat maklum daripada mereka yang ditangkap ketika perayaan Hari Hak Asasi Sedunia, Ahad lalu.

Berita terbaru yang tersiar di Malaysiakini melaporkan bahawa Anwar Ibrahim telah ditahan oleh pihak imegressen setelah tiba di KLIA. Beliau bagaimanapun dibebaskan setelah itu.

Peguam P Uthayakumar juga telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut setelah ditangkap pada awal pagi tadi.

Di Parlimen pagi ini, 8 orang pemimpin pembangkang bersama 10 yang lain telah ditahan polis. Mereka ke Parlimen untuk menyampaikan memorandum Bersih kepada Speaker Dewan Rakyat.

6 orang jawatankuasa Bersih juga telah ditangkap ketika mereka mahu meninggalkan bangunan Parlimen setelah menyampaikan memorandum kepada ahli parlimen pembangkang. Mereka adalah pengarah eksekutif Suaram (Suara Rakyat Malaysia) Yap Swee Seng, pengarah eksekutif CIJ (Centre for Independent Journalism) V Gayathry, pengarah progaram Pusat Komas Mien Lor, pengerusi WAMI (Writers Alliance for Media Independence) Wong Chin Huat, pengarah pusat kajian PAS Dr Dzulkifli Ahmad dan pengurus pengiklanan Harakah Mokhtar Rosaidi.  Pada 4 petang, 5 orang (kecuali Mokhtar Rosaidi, bakal dibebaskan) telah dibebaskan tanpa syarat, polis meminta maaf di atas kesilapan.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri telah mengetuai pendakwaan terhadap 5 orang peguam bersama 4 orang lain yang ditangkap ketika sambutan Hari Hak Asasi Sedunia pada 9 Disember. Abdul Gani Patail selepas itu juga sekali lagi telah mengetuai pendakwaan terhadap Tian Chua, Mohd Sabu dan Gobala Krishnan bersama 14 yang lain didakwa terlibat dalam perarakan anjuran Bersih pada 10 November lepas.

Matlamat utama Abdul Gani Patail adalah untuk menafikan ikat jamin kepada semua orang kena tuduh.

Adakah semangat rakyat ketika ini dapat dipadam melalui tindakan ‘ops padam’ oleh pemerintahan Abdullah Badawi?

Atau, adakah Abdullah Badawi sudah memulakan ‘operasi lalang’ versi 2007?

Rakyat jangan sekali lagi tertipu dengan sandiwara pemerintah.

Ini adalah operasi untuk menyelamatkan kedudukan pak lah!

Mari kita jangan takut terus membantah.

Posted in Demokrasi, Pilihanraya
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin