Tahniah untuk Perdana Menteri

Tahniah untuk anda, perdana menteri kami, kerana menahan pemimpin-pemimpin Hindraf. Dengan satu langkah bijak ini anda telah berjaya menyelesaikan keadaan buruk masyarakat India selama 50 tahun. Sekarang, di mana-mana saya lihat masyarakat India sudah mampu tersenyum lebar.

Tahniah untuk anda, perdana menteri kami, kerana dengan sepantas kilat telah meluluskan pindaan undang-undang berkaitan ‘Abdul Rashid’. Orang yang tepat untuk jawatan yang bagus, menurut saya. Mereka yang mengkritik anda kerana mewujudkan keadaan seperti sekarang terpaksa menutup mulut mereka! Malahan, mereka yang mengundi anda pada tahun 2004 sekalipun tidak menyangka anda akan melakukannya, saya pasti mereka akan 500 peratus terus menyokong anda!

Tahniah untuk anda, perdana menteri kami, kerana melantik Zaki Azmi ke jawatan nombor 2 tertinggi dalam jabatan kehakiman. Orang yang tepat untuk jawatan yang bagus, menurut saya. Satu tindakan yang pasti amat dialu-alukan oleh Umno. Tiada apa yang akan lebih menimbulkan rasa seronok daripada melihat kawan lama anda sendiri duduk di kerusi hakim ketika anda melangkah masuk ke ruang mahkamah. Malahan, mereka yang mengundi anda pada tahun 2004 sekalipun tidak menyangka anda akan melakukannya, saya pasti mereka akan 500 peratus terus menyokong anda!

Tahniah untuk anda, perdana menteri kami, kerana mendedahkan cerita sebenar tentang pembangkang. Mereka semua adalah bodoh, goblok, monyet, terowong, bocor dan terikat pada kerusi roda.

Tahniah untuk anda, perdana menteri kami, kerana telah berjaya mengumpulkan koleksi otak-otak bergeliga sebagai anggota kabinet kita. Kami sentiasa terhibur dengan jenaka dan kebijaksanaan menteri-menteri serta ahli parlimen BN ini. Setiap patah perkataan mereka adalah penyuluh hidup yang memandu arah kehidupan rakyat.

Tahniah untuk anda, perdana menteri kami, kerana lebih awal telah memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008 nanti. Apatah lagi, seorang lelaki yang mengetuai Suruhanjaya Pilihanraya telahpun mengesahkan bahawa tiada rejim lain (selain BN) mampu mentadbir negara ini. Dengan badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihanraya, pasukan polis, media dan anak menantu yang di atas undang-undang akan tetap kuat di belakang anda, anda pasti akan terus belayar melebihi tahun 2057!

Tahniah untuk anda, perdana menteri kami, kerana memiliki telinga yang besar. Tetapi izinkan saya mencungkil tahi telinga anda, tunggu sebentar, mmm…wah, ianya sangat besar! Perdana Menteri, bolehkah anda membenarkan saya berkhidmat dengan The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia atau Berita Harian? Jiwa saya adalah agak murah.

_________

Diterjemah secara bebas daripada tulisan KL Loo yang tersiar di Malaysiakini, pada 14 Disember, 07 3:49 petang.

Tagged with:
Posted in Demokrasi
One comment on “Tahniah untuk Perdana Menteri
  1. sloone says:

    wow, canggih la rupa blog baru :-. Oooh banyaknye tahniah…boleh aku rasa your “geram” bila baca post ini..heheheh!

    sis, terima kasih sudi singgah.

    artikel ni bukan I punya, I terjemah saja… I pilih terjemah artikel ni sebab tulisan asal tu memang best!

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin