3 tin kecil, tiga lelaki dan Rashid tak tau

Sila baca isi berita di bawah dengan teliti;

KUALA LUMPUR 6 Mac – Ketika sibuk berdepan persiapan menguruskan Pilihan Raya Umum Ke-12, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dikejutkan dengan kejadian rumahnya disimbah cat merah.

Perbuatan menyimbah tiga tin kecil cat merah di depan pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Bagaimanapun, Ab. Rashid hanya menyedari perkara itu pada pukul 7.30 pagi ini ketika beliau menunggu pemandunya untuk keluar menuju ke pejabatnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengulas kejadian itu menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenainya. – Utusan Malaysia

Malaysiakini turut memetik lanjut laporan berita sensasi ini.

Jadi, siapa yang bagitau Utusan Malaysia fakta melibatkan 3 tin kecil dan 3 lelaki ini?

Orang tu dah tau kejadian berlaku 12.30 tengah malam tadi?

Orang tu dah tau bahawa hanya 3 tin kecil cat merah yang digunakan?

Tapi, si Rashid………….

Plot drama nih serupa macam cerita khayalan tentang ‘penyeludupan dakwat hitam dari India’ saja!

Satu lagi yang pelik, perlukah Utusan Malaysia menyiarkan lokasi sebenar rumah si Rashid nih? Lengkap dengan nombor lorong lagi tu. Pelik dan bahaya!

Posted in Demokrasi, Pilihanraya
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin