PRU12 Antara PRU yang terkotor*

Oleh Zulfikar Samsuri

malaysiakini
Siapa yang tak kenal dengan Ahirudin Attan AKA Rocky Bru, blogger terkenal tanah air dan juga merupakan blogger pertama dengan Jeff Ooi (Screenshot) yang menghadapi saman dari pihak News Straits Time (NST).

Beliau seorang yang benar-benar merendah diri, menjawab emel yang dikirimkan dalam masa yang sangat singkat. Walaupun pada hari semalam beliau berada dalam keadaan mengantuk (akibat menunggu kenyataan dari Husam Musa berhubung pembatalan penggunaan dakwat kekal) tetapi beliau tetap dengan sepenuh hati menjawab soalan-soalan yang ditanyakan.

Ahirudin Attan, merupakan bekas pengarang eksekutif akhbar harian Malay Mail dan beliau juga (seperti yang boleh dilihat dalam blognya) merupakan Presiden Penaja grup National Alliance of Bloggers (All-Blogs). Sebuah grup yang mengumpulkan semua blogger “heavyweight“). Beliau sekarang dalam proses untuk menyiapkan bukunya yang pertama.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan kolumnis pelbagai akhbar dan tabloid dan juga penasihat bagi National Press Club. Mula berblog pada 21 Mei 2006 dan kini telah mencapai hits sebanyak 3,198,484 (seperti yang tertulis pada laman blognya — rocky’s bru).

Ikuti soalan yang Zulfikar Samsuri tanyakan dan jawaban dari beliau sendiri:

1. Lebih rapat kalau saya panggil Sdr Rocky saja, apa pendapat Sdr Rocky tentang pilihan raya ini. Maksud saya, siapa menang, secara keseluruhannya.

Persepsi setakat ini, Pru12 Antara Pru yang terkotor. Ada yg kata RM20 billion taxpayers’ money dilebur untuk Pru12. RM500 million untuk bawak anak2 Kelantan di negeri2 lain balik mengundi untuk BN. Ink “ghaib” betul2 ghaib, 3 hari sebelum pilihanraya. Propaganda press dan tv menjadi-jadi. Untung ada alam siber, tapi tak cukup untuk menyuci keadaan.

2. Dapatkah PAS pegang Kelantan lagi?

Kelantan tetap milik Pas. Tapi kata2 AAB semalam bahawa ada pihak yang cuba sabotaj Pru di Kelantan adalah membimbangkan. Husam Musa pula kata ada pihak luar yang telah mencetak 20,000 t-shirt Bersih untuk tujuan yang dah tentu kurang baik. Polis tak cakap pulak pasal t-shirt kuning Bersih ni.

3. Rasa-rasa Sdr Rockylah ada tak negeri yang mungkin diambil pembangkang?

Pulau Pinang bergelora. Silap hari karam bahtera BN di pulau tu. Kalau menang pun BN, banyak akan terkorban. Puncanya mulut celupar Khairy jugak, main api dengan sentimen kaum pada akhir tahun 2006. Susah nak padam api kemarahan sesuatu bangsa. Lihat saja Hindraf.

4. Pembatalan penggunaan ‘dakwat celup jari’ bukankah menampakkan bahawa ada pakatan antara BN-SPR? Komen?

Bukan saja dengan SPR tapi juga dengan PDRM dan pejabat Peguam Negara dan media massa arus perdana. Itu persepsinya.

5. Kebangkitan kaum India dengan slogan ‘makkal shakti’ betul2 menekan kerajaan, pada hemat Sdr Rocky mampukah kaum India menjadi penentu bagi PRU12 ini. Bagaimana peluang Samy Vellu, boleh dia menang?

Sebagai suatu “force“, kaum India kecil bilangannya. Tak ada satu constituency pun yang pengundi India itu majoriti (lebih 50 peratus). Tapi bilangan yang kecil pun cukup untuk buat sesorang calon kalah dan nampaknya ini ditakuti oleh BN dan bukan pembangkang. Sampai ramai calon MIC telah dipindahkan ke kawasan di mana pengundi India kecil sangat bilangannya. Contoh – K. Parthiban pindah dari Ijok ke Melawati. Samy Vellu silap hari benam.

6. Sdr Rocky rasa Internet kini, sudah menjadi alat mencari kebenaran atau tidak atau keberkesanannya kini adalah menjadi penghasut supaya rakyat di negara ini membenci kerajaan. Tolong komen?

Macam baca benda lain atau tengok tv jugak, selayar Internet kena pilih dengan cerdik. Yang penting, masih ada pilihan, tak macam media tradisional kita. .

7. Dalam pada media arus perdana, digunakan secara maksimum oleh kerajaan, saya rasa rakyat mula muak dan beralih ke media alternatif yg lain. Apa pula pendpt Sdr Rocky.

Setuju. Bab politik memang ramai orang dah muak dengan propaganda NST, Star, Berita Harian maupun Utusan. Tapi orang kampung baca jugak. Dan orang Melayu khususnya suka baca berita2 “geli” di Metro dan Kosmo. Tu sebab laku jualan tabloid Melayu.

8. Ada dakwaan dari beberapa pihak, bahawa akan ada pengundi2 hantu. Apa benar dakwaan ini pd pendpt Sdr Rocky?

Pencuri, pembohong, perogol, penyamun kat mana2. Tapi selagi tak kena tangkap selagi tu kita tak dapat buktikan jenayah yang berlaku.

9. Mungkin betul kata KPN, bahawa bas yang akan memasuki Terengganu dan Kelantan nanti adalah bas yang mengangkut pengundi Terenganu yang duduk di luar. Komen sdr.

Kalau ada bas khusus untuk bawak pengundi saja, mungkin ada elemen rasuah untuk sogok pengundi. Tapi sekali lagi, perlu bukti.

10. Loh Gwo Burne, Nurul Izzah, Amir Sari, Chegu Bard, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Jonah(menamakan sebahagian kecil) adalah sebahagian daripada anak2 muda yang mengambil bahagian menjadi calon dalam pilihan raya kali ini. Siapa pada pendapat sdr akan menang dan siapa pula yang akan kalah.

KJ dah pasti menang. Sumber dia sebagai menantu PakLah tiada hadnya dan pembangkang tidak mati-matian untuk “membunuh” cita2 anak muda ini.

Peluang Mukhriz semakin cerah tapi atas sebab lain.Dia membawa suatu perubahan di mana ceramahnya langsung tak kutuk atau cerca pembangkang atau calon yang menjadi lawan.

Nurul popular tapi mungkin next round; pengundi Lembah Pantai ni pelik sikit.

Jonah tak patut diletakkan di Pekan, rugi bakat. Dia lebih dikenali di kampungnya di Masjid Tanah, Melaka dan dah banyak buat bakti kat sana.

Chegubard kalau kalah pun tak malu, saya rasa. Insyallah, majoriti kalah 2004 boleh dikecilkan jurangnya.

Terima kasih Sdr Ahirudin Attan.


* pertama kali tersiar di http://republikkata.blogspot.com

Posted in Blogger, Demokrasi, Pilihanraya
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin