Berita Terkini di KL

Kemaskini 5:00 am: Baru balik dari lapangan sekitar Jalan TAR dan Jalan Raja Laut. Jalan sesak dengan lautan anak muda bermotor dan berkereta sambil mengibarkan bendera parti-parti Barisan Rakyat serta laungan ‘reformasi’.

Aksi spontan anak muda yang ceria dan bersemangat itu berlangsung dengan aman dan teratur, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Sepanjang perhimpunan itu, hanya sebuah kereta peronda polis kelihatan di sekitar persimpangan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut.

Beberapa orang ‘hardcore‘ reformasi era 1998 seperti Nora, Hairi, Syed dan ramai lagi turut kelihatan penuh bersemangat di samping memberikan nasihat kepada adik-adik yang memandu agar lebih berhati-hati dan berwaspada.

Perhimpunan berakhir dengan aman sekitar jam 4:30 pagi tadi.

Dalam masa yang sama, terdapat sekitar 50 buah kenderaan membawa bendera Barisan Nasional di kawasan bulatan Puduraya.

`

Berita asal 2:54 am: Berita ini baru diterima melalui SMS, dari sumber yang amat dipercayai, mengatakan bahawa ketika ini bandaraya Kuala Lumpur sedang dipenuhi oleh anak-anak muda pro reformasi.

“Berpuluh ribu anak-anak muda di pusat bandaraya Kuala Lumpur menaiki motor(sikal) dan kereta dengan bendera PAS dan PKR. Macam suasana 1999, Jalan Raja Laut dan Jalan TAR sesak.”

Aku baru sahaja menghubungi sumber tersebut melalui telefon dan memang sahih. Aku dapat mendengar suara laungan yang kuat dan jelas di telefon.

Aku akan cuba ke sana untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Posted in Demokrasi, Pilihanraya
One comment on “Berita Terkini di KL
  1. Hassan says:

    Moga moga Allah akan menjadikannya satu kenyataan AMIN

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin