Mahathir gasak Abdullah, sekat Anwar

Berita Radio melaporkan malam tadi berlaku satu perhimpunan di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Perhimpunan orang-orang UMNO menyatakan sokongan kepada kepimpinan Abdullah Badawi.

Sejak bila pula Perhimpunan menjadi budaya UMNO? Tapi, biarlah! Itu adalah hak demokratik mereka sebagai rakyat Malaysia.

Malaysiakini pula melaporkan bahawa Mahathir mendesak Abdullah meletak jawatan. Alasannya Abdullah adalah punca kekalahan BN, menurut Mahathir. Bagi aku, itu pendapat peribadi Mahathir saja.

Kenapa agaknya Mahathir bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Abdullah?

Adakah ini taktik Mahathir nak guna Najib untuk sekat kebangkitan Anwar?

Susan Loone tanya, Who says the people accept Najib? – Jawabannya, Mahathir seorang saja!

Kenapalah Mahathir nih benci sangat dengan Anwar sehingga sanggup mengenepikan pilihan rakyat Malaysia? Padahal, dalam wawancara pagi tadi Mahathir sendiri mengakui bahawa Anwar masih relevan. Keputusan pilihanraya Sabtu lepas saja sudah jelas menunjukkan bahawa rakyat masih mahukan Anwar.

Kalau malam tadi ada 2,000 orang berhimpun menyokong Abdullah Badawi di Putrajaya, desas-desus kedengaran bahawa besok akan ada perhimpunan yang lebih besar oleh orang UMNO juga. Mungkin kali ini untuk desak Abdullah Badawi berhenti.

Kesian juga tengok nasib Abdullah Badawi nih.

Malangnya, jika kemungkinan perhimpunan orang UMNO besok benar-benar terjadi aku risau ini akan membawa kepada pertembungan sengit antara dua pihak. Rakyat di bawah nih jugalah yang akan menjadi mangsa nanti.

Sudahlah tu Mahathir! Tak puas lagikah ko menyusahkan rakyat Malaysia selama 22 tahun?

Biarkanlah Abdullah Badawi berhenti secara sukarela dan aman sebagaimana rakyat Malaysia merelakan ko melangkah kaki tanpa paksaan pada Oktober 2003.

Posted in Demokrasi, Pilihanraya
19 comments on “Mahathir gasak Abdullah, sekat Anwar
  1. fakhrul says:

    hidup badawi,hidup mahathir

  2. globalmalau says:

    tak munkin begitu kawan…Tun orang lama…dia nampak ada yang tak kena dalam umno…kita nie muda lagi dan baru kenal jerr pc ni dalam masa Tun memerentah…Sebenarnya kata kata hikmat yang keluar dari Tun sangat diambil berat oleh pepbangkang untuk kegunaan sendiri sebagai senjata memusnahkan politik musuh…Apapun kita sebagai rakyat malaysia patut terima semua ini…itulah politik…Kita tak nampak yang orang lain nampak…Tapi bagi globalmalau semua ini baru tiga hari lepas undi…kita lihat dalam masa 14 hari dulu…Ada saja perubahan global berlaku…Biarkan Dr Mahathir dengan Alamnya …beliau patut dihurmati…

    salam dari globalmalau

    arifabdull: kepada semua penyokong Mahathir, Najib & Rosmah… sila baca nasihat ikhlas ini. hormati pilihan rakyat sebagaimana rakyat bersama parti-parti pembangkang selama 50 tahun menghormati walaupun dah banyak kali kalah.

    Biarkanlah Badawi tu. Kalau nak hentam dia, sila gunakan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO.

    Berilah peluang kepada parti-parti pilihan rakyat di 5 negeri tu dahulu.

    Peluang untuk Mahathir dah tamat sejak 2003, Najib dah jadi menteri lama gak, Rosmah dah lama gak untung besar.

    Tolonglah, beri rakyat peluang sekali jer untuk rasa ruang bebas yg lebih demokratik!

    makasih!

  3. katataknak says:

    Tun tu memang sial. Tu la dia mau Najib naik secepat mungkin.

  4. NTSTEEN says:

    Adakah sudah menjadi tabiat melayu, tidak pernah berterima kasih atas segala kebaikan. Kepada org melayu yang marah sgt dengan Tun M, sedar ler diri tu sikit, kalau korg kat tmpat dia korg boleh bawa ke kamajuan sptmana yang di buat Tun? Org putih pulak pandai menghargai kebijaksaan Tun dalam memerintah, anak2 sendiri yang disuapkan makan untuk terus hidup terus membangkang. Akal tak setinggi mana nak di cabar org yang dah membawa arus pembangunan dalam negara???
    Secara jujurnya, terangkan apa sumbangan anda kepada negara selain menentang pemimpin negara? Mungkin sebab itu lah Tun M pernah mengeluarkan buku bertajuk ‘MELAYU MUDAH LUPA’.
    Anak2 muda sekarang bukan tak menegenang budi, malah tidak pernah menghargai perjuangan datuk nenek kita yang berjuang hingga mempertaruhkan nyawa demi bangsa dan negara, malah mereka sekarang mempertaruhkan tanah air mereka hanya kerana inginkan hidup terlalu sempurna dalam sekelip mata. Bayangkanlah dalam keluarga kita sendiri, mampukah kita menunaikan semua keinginan anak2 kita. Fikir2kan lah wahai anak melayu. Lihat apa yang jadi di persekitaran kita. Islam ditindas dimana2, hidup merempat di negara sendiri. Bumi di pijak milik org. Perjuangan kita sudah semakin payah. Bangunlah anak melayu bersatu padu bangunkan negara kita. Kepada Tun M, kami berterima kasih di atas segala kemajuan yang kami kecapi, terima kasih kerana mengubah hidup kami. Kami percaya, setiap tindak tanduk dan keputusan yang diambil, pasti ada sebabnya. Pandangan dan nasihat dari Tun M amat kami perlukan. Bimbinglah pemimpin2 kami supaya negara dan bangsa kita terus maju dimasa hadapan.
    Bangunlah anak2 melayu.. mari lah kita bersatu..

    arifabdull: kepada semua penyokong Mahathir, Najib & Rosmah… sila baca nasihat ikhlas ini. hormati pilihan rakyat sebagaimana rakyat bersama parti-parti pembangkang selama 50 tahun menghormati walaupun dah banyak kali kalah. makasih!

  5. mamat says:

    kita jgnlah terlampau mengikut perasaan benci dan hasutan orang. nilai sendiri. Tuhan telah menjadikan manusia ada buruk dan baiknya. Bukan senang jadi pemimpin. Sejahat mana Tun kita tak buleh deny dia byk jasa kpd rakyat Msia.

    arifabdull: kepada semua penyokong Mahathir, Najib & Rosmah… sila baca nasihat ikhlas ini. hormati pilihan rakyat sebagaimana rakyat bersama parti-parti pembangkang selama 50 tahun menghormati walaupun dah banyak kali kalah.

    makasih!

  6. ANOK KELATE says:

    HEY KAWAN….SAYA NAK BAGITAU SIKIT…MU TOK NAMPAK KE YANG MAHATHIR TUE LEBIH CERDIK DARIPADA PAK LAH…?DIA DAH DAPAT AGAK SEGALA MUNGKIN YANG BAKAL TERJADI…RAKYAT X SUKA BN…DIA JUGA PERNAH CAKAP YANG ANUAR IBURAHIM X BERSALAH….NI SUME KEJE DIA SAJE…LAGIPUN, DIA BOCORKAN RAHSIA TU PUN X PE, SEBAB DIA X KENA DAKWA (DAH ADA TUN)… KITA NI KENA LA SEDAR…DUIT RAKYAT HABIS DIMAKAN DAN DIPERGUNAKAN SESUKA HATI…MASYARAKAT MISKIN MAKIN BERTAMBAH…HUTANG MAKIN BANYAK….EKONOMI MAKIN JATUH….BANYAK2 LA TENGOK PERKEMBANGAN SEMASA DAN DUNIA LUAR…BARU OTAK BERKEMBANG… MEDIA X TERBATAS…KITA BOLEH BUAT PILIHAN KERAJAAN YANG TERBAIK…TENGOK KELANTAN, HUTANG PUN X DA,PROJEK PUN MAKIN BERTAMBAH WALAUPUN KERJAAN SEKAT DAN X BAGI DUIT. PEMBANGUNAN CAKAP TERUS BUAT,BUKAN CAKAP TAPI X BUAT2 MACAM JANJI UMNO. RAKYAT MISKIN MAKIN KURANG…DULU TAGGA KE-2, SEKARANG TANGGA KE-5. INI TUNJUKKAN PERUBAHAN….TANGGA PERTAMA SAMPAI KE-5 SUME NEGERI YANG DIPERINTAH UMNO…APE?X CUKUP DUIT LAGI NAK BANTU ORANG MISKIN….?PROJEK MACAM2, ORANG MISKIN X HIRAU….MACAM NI BOLEH JADI PEMIMPIN KE????????TENGOK LA TELADAN ZAMAN RASULLULLAH DULU….CAMNE PEMERINTAHAN YANG DIBUAT OLEH KHALIFAH DULU…ADA X KILANG ARAK MACAM YANG ADA KAT SELANGOR?KATA NEGARA ISLAM…TAPI HANYA PADA NAMA…..SATU LAGI, KALAU NAK DIBANDINGKAN TOKOH PEMERINTAH PEMBANGKANG DENGAN TOKOH YANG ADA DALAM UMNO….JAUH PANGGANG DARI API….DARI SEGI ILMU DAN DARI SEGI AGAMA….KLW BETUL BERANI, KITA BUAT SATU SIARAN TELEVISYEN….WAT MUZAKARAH TENTANG MASALAH DALAM NEGARAS SERTA FAHAMAN MASING2…..GUNA SEGALA KITAB DAN HADIS….

  7. stokin says:

    kita sendiri akui tun mahathir memang seorang yang pakar dalam strategi politik. sejarah dah buktikan semenjak dari zaman pemerintahan tunku abdul rahman lagi beliau bergerak aktif. tetapi perlu di ingat tun lah yang berperanan dalam mendesak tun hussein onn meletak jawatan sebagai pm. masih ingat apa yang terjadi pada tengku razaleigh ketika pakatan pembangkang hampir2 menguasai pilihanraya?? apakah tunku abdul rahman terang-terangan masuk campur dalam urusan pentadbiran negara ketika beliau sudah bersara? campur tangan tun mahathir begitu hebat sekali akhir2 ini apatah lagi ketika pru12 semakin hampir dan sekarang selepas pru12.. yang lebih dianggap klise apa bile sekutu beliau tun daim juga pernah membuat kenyataan mengenai ramalan beliau mengenai keputusan pru12.. pasti ada penjelasan yang munsabah mengapa tun daim yang selama ini menyepi bersuara kembali.. anwar ibrahim bagi saya seharusnya cukup faham dengan tindak-tanduk tun setakat ini.. ucapan tun walaupun pada tersurat nya kita pun sama2 setuju.. tapi perkara yang tersirat di sebalik nya..?? senang cerita untuk menilai tun mahathir kita perlu ambil pendekatan yang mudah.. sebagai orang melayu yang mengaku islam, adakah tun mahathir sebagai bekas pemimpin malaysia yang diangkat sebagai antara pemimpin yang paling berjaya merupakan seorang yang berjaya di dalam memimpin institusi keluarga beliau sendiri..? fikir2 kan lah..

  8. Mahathir bengang dngn Pak Lah sbb Khairy Jamal tu. Khairy Jamal tu parasit yg sdng menumpang Pak Lah. Sedut kuasa dan harta byk2 untuk kepentingan peribadinya…. bg mencapai hasratnya untuk menjadi PM…

    Pak Lah sepatutnya sound sket Khairy tu. Umno patut bersuara hapuskan si khairy tu. Kegagalan baru ni disebabkan khairy… masa 2004, khairy—- ada org perasan? sbb tu BN menang besar!

    Khairy Jamaluddin – de factor BN kalah.

    Hapuskan korupsi untuk negara!

    arifabdull: kepada semua penyokong Mahathir, Najib & Rosmah… sila baca nasihat ikhlas ini. hormati pilihan rakyat sebagaimana rakyat bersama parti-parti pembangkang selama 50 tahun menghormati walaupun dah banyak kali kalah. makasih!

  9. arsat says:

    apala nk gaduh2, kt sume melayu yg mkn belachan, chencaluk,budu & lain2 benda busuk. Baik kt main paintball lg best. Bdn pon blh sihat, otak cerdas ckit, blh pkr camne nk majukan ekonomi bangsa

  10. Suara Anak Muda Kedah says:

    Jgn gaduh2 wahai orang2 melayu. Ingat Jasa Tetap Dikenang. Kejahatan Jangan Kita Contohi Biar Jadi Teladan Untuk Masa Depan. Biar Pak Lah Tak Nak Letak Jawatan, Biar Dia Mengharungi Parlimen Yang Akan Diduduki Oleh Otai2 Pembangkang (Alangkah baiknya Mat Sabu menang). Jika Pak Lelah dapat mengharungi maka dia berjaya la. Jika tidak maka Pak Lelah terpaksa letak jawatan dalam keadaan memalukan. Sekarang orang UMNO terbahagi kepada penyokong pak lelah dan tun mahathir, kita tidak nampakah orang umno tiada perpaduan, inilah salah satu kebanyakan orang melayu menolak umno memilih BA. Segelintir org umno hanya tahu kaut keuntungan, jikalau calon mereka sendiri tidak terpilih maka mereka mogok, tak nak mengundi. Mereka tidak berjuang untuk parti tetapi untuk calon disukai krn takut tidak dapat cari makan. Inikah dinamakan berjuang untuk bangsa. Jgn salahkan org melayu yang memangkah BA tidak mengenang jasa pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan kemajuan selama ini tetapi salahkan orang umno yang kuat rasuah, korupsi dan mcm2 benda negatif lain yang dibuat. Org melayu yang memangkah BA bukan tidak sayang melayu, sebab sayang la pangkah BA. Percaya tidak saya katakan hak-hak orang melayu akan tergadai oleh tangan ahli2 umno sendiri, kalau tidak diubah perangai org umno. AKAN JADILAH benda ini.

  11. crepe_0712 says:

    MAHATHIR DAN PAK LAH SAMA JER…BILA TAK DAPAT HASIL ROMPAKAN MAKA BISING LER DIA KESELURUH NEGARA,SALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN…SEMUA ITU SAJA TUHAN NAK TUNJUKAN SAMADA MANUSIA YANG LAIN BOLEH BERFIKIR ATAU TIDAK..

  12. honey darkness says:

    salam semua..
    semua org ada pndpt msing2 tntg kepimpinan sekarang..me mmg sokong globalmalau..Tun org lama, dia pling lama jd nakhoda… 22years..korg blh tgk hasil dia..smpi presiden luar respek gle kt dia.. he change everything, dr negara luar nmpk Malaysia ni ibarat semut, smpi skrg org luar dh nmpk Malaysia as a one islamic country yg membanggakan..Pak Lah? dia bru sepenggal…dlu Tun pn msa sepenggal jd PM, xder apa2 lg yg berubah..so give her chance to conduct this country as well he can…percaya kpda kepimpinan beliau..me x memihak kpd mana2 parti.. manusia mmg trkenal dgn perasaan sntiasa tidak brpuas hati..itu adlh sifat fitriah manusia zaman skrg…Pembangkang plak? Emm..rakyat di 5 negeri tlh memilih mereka utk menerajui negeri mereka, itu brmkna mereka percaya kpd anda..so doit the best, kotakan manifesto anda..Human not perfect except Muhammad S.A.W.. jadilah pemimpin yg adil dn saksama…Tapi..1 kemusykilan di fkran me smpi skrg..adakah semua pemimpin2 samaada parti kerajaan @ pembangkang ini adil???

  13. lalat says:

    hapuskan dasar politiking parti yang berlaku dalam malaysia.jangan berpecah belah.tunaikan hasrat kita melalui suara rakyat yang mahukan pembaharuan kepimpinan.jangan ada hasad dengki dalam dalam malaysia.pemimpin yang bagus adalah seperti saidina umar,contohilah pemimpin seperti itu.jangan asyik nak pusat saja yang beri keputusan.jangan ketepikan suara rakyat.

  14. abdfatah says:

    hahahaa…. nak tunggu paklah undur lah dulu lah…

  15. mat kilau says:

    aku tak pelik pun mukriz wat ni sebijik mcm bapak dia wat kat tunku A. RAHMAN dahulu, dlm politik ni biasalah tok sah pelik nama pun politik . caya la bila pak lah berundur najib naik dan mukriz akan dilantik ke dalam kabinet sebab najib dah banyak terhutang budi kat mahathir tu dan perkara ini sama berlaku ketika tun razak menarik mahathir ke dalam kabinetnya. akhirnya bagi membalas jasa najib di tarik ke kabinet.. napa mahathir kritik pak lah senang je sebab nak huru harakan politik negara n pak lah down masa tu la lorongan muriz akan mudah . strategi mahathir senang je nak mukriz join kabinet n nak anak dia bermula pantas mcm dia . napa mahathir n muriz marah sgt kat khairi senang je sebab pencabar mukriz nanti adalah kairi , muriz hanya ada halangan kairi je. sebab tu lah satu malaysia tahu perang saraf mahathir tengah buat sekarang tolak paklah , buruk kan kj . sebonarnya ni la keje org politik tambah2 macam mamak ni sejarah melayu dah adakan fikir sendiri la. AKU TAK KISAH SAPA NAK JADI PM TAPI KITA HATI-HATI MAMAK 2 EKOR NI , MAHATHIR SETIAP APA YANG DIA CAKAP ADA TUJUANNYA…..

    arifabdull: aku sependapat, cuma kurang setuju dengan hujah bersifat perkauman (mamak?).

  16. kucing milennium says:

    salam, saya actually tak nak komen ape2 ar pasal benda ni, cuma satu je saya nak tanye dan kongsi pada semua,apa sebenarnya peranan subsidi yang diberi oleh kerajaan.adakah ia membantu golongan miskin atau sebaliknya ia lebih kepada satu bentuk penindasan dan menguntungkan orang kaya dan golongan atasan?

  17. arn says:

    jangan lah mcm tu kawan…dulu pun ada desakan suruh mahathir letak jawatan…orang tu second man dia juga la…pak anwar…tapi malangnya dia terlalu gopoh..kan takhta PM hanya selangkah je lagi…pasti akan jatuh kat tangan dia juga…sampai hati dia mahu tun letak jawatan secara aib sedangkan sebelum tu dia naik atas dasar tun mempertahankan pak anwar dari serangan org2 lama umno…sapa tak cemburu…apakan daya nama lebih penting agaknya nagi pak anwar….kita pun dah nampak tun bercuti utk memberi pak anwar jalan mentakbir negara ni….selama 22 tahun dia memerintah apa yg dia susahkan rakyat?minyak?bagi yang malas mgkn la rasa susah…tun buat org melayu bangkit…pak anwar dakwa masa dia jadi menteri pertahanan tak sampai hati nak naikkan minyak kan?takmo susahkan rakyat…tapi kalau PM masa tu insist nak naikkan juga,apa daya menteri kewangan?maknanya keputusan tk naikkan harga minyak selama masa tu adalah keputusan PM….fikirlah secara sederhana…jangan mudah terhasut oleh fitnah….lihatlah perjuangan pak anwar sekarang?perjuangan yang sama seperti DAP…malaysian malaysia….awak mahu ke?kita mgkn tak kisah la…tapi anak2 kita pun tak kisah ke?tersisih macam melayu di singapura???laga2 kan melayu dan india skrg ni…buat apa saja untuk kepuasan hati dia…yg penting bagi dia dendam terbalas….yang membalas kan bukan urusan kita… tkda manusia yang dapat lari dari melakukan silap termasuk la mahathir….yang penting dah terbukti apa yg di depan kita ni….maaf ya…

  18. arn says:

    Assalamualaikum semua…
    pemimpin2 dan orang2 PAS pun manusia juga…takkan tk di anugerahkan nafsu oleh ALLAH swt.mujurlah ada wakil dari PAS yg begitu adil dan bersifat sederhana,iaitu Nik Aziz….sifat Nik Aziz amat patut dicontohi…beliau kritik apa yg betul dan pasti memuji perkara yg baik walaupun dilakukan pihak musuh(dalam politik)…masih ada lagi manusia yg sebegitu…alangkah baiknya kalau orang2 melayu berubah mencontohi macam Nik Aziz….kritik bila kemungkaran berlaku dan sokonglah bila kemakrufan terbela…barulah kita bertindak adil…setelah Tun tk ada lagi belum pernah lagi kita dengar Nik Aziz mencaci tentang keburukan Tun malah beliau hanya bercakap tentang kebaikan Tun selama ini dan bersyukur…kerana apa?kerana beliau sedar DOSA mengata TUN selama TUN memerintah dan takut akan siksaan ALLAH swt di akhirat kelak jika tak sempat minta maaf sesama manusia…bila lah kita dapat meminta maaf atas dosa2 kita pada manusia yg kita belum pasti dapat jumpa?dosa terhadap ALLAH, Dia maha pengampun tapi dosa terhadap manusia?adakah manusia maha pengampun juga?renung2 kan lah….

  19. azmi says:

    i don’t no…..my mind is sinking. tapi kalau aku dalam keadaan normal.. apa yang kamu bilang memang benar.

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin