Khabonyer23

Khabonyer: UMNO punca pergolakan antara kaum

Oleh RepublikKata

Sekarang UMNO pula buat perhimpunan

Semasa Perhimpunan BERSIH, rakyat menunjukkan kitak puasan hati terhadap pemerintahan BN. Menghasilkan suatu situasi yang menyesakkan hidup rakyat dengan menaikan harga petrol dan barang keperluan. Mewujudkan tol di kawasan yang tak sepatutnya dan pelbagai jenayah kolar putih dan kelabu hitam yang telah dibuat oleh pimpinan kerjaan BN. Maka keluarlah di kaca t.v mengatakan pembangkang macam orang yang tidak bertemadun.(Pak Lah, Najib & Khairy).

HINDRAF wujud disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap komponen BN iaitu MIC kerana agihan keuntungan dan syer MICA Holdings hanya dimonopoli oleh Samy Vellu and The Gang. Ahli kompenen BN (MIC) dengan lantang menyuarakan bahawa kaum India di Malaysia menuntut hak yang sama rata dengan bumiputera di malaysia.

UMNO punca pergolakan antara kaum

Jadi di sini wujudlah pergolakan antara kaum dan rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu telah melenting dengan isu ini dan ada yang dah asah parang, perasap keris pusaka, kumpulkan adik beradik, untuk membasmi kaum India.

Tahukah kita sebenarnya ditipu oleh BN dan kesempatan ini diambil oleh UMNO untuk meniupkan sifat perkauaman dengan menyeru orang Melayu agar bangkit mempertahankan tanah air! Berderau darah orang Melayu (hanya org kampung sahaja).

Selepas pilihan raya kite dapat lihat DAP menang beso di Penang dan Perak. Isu utama bila orang Melayu yang bodoh perlembagaan, mengatakan orang Cina akan memerintah. Adakah ini bukan perkauamn? Yang kedua Lim Kit Siang (LKS) cuba memulaukan majlis angkat sumpah perlantikan MB Perak. Punyerler orang berkepentingan dalam UMNO menyatakan LKS derhaka.

Di padang Ipoh dan depan bangunan KOMTAR penang orang UMNO berkumpul menunjukkan protes terhadap ketidak puasan hati terhadap kemenagan BA dan DAP. Adakah mereka lupa bahawa pemimpin UMNO ada menyatakan sesiapa yang mengadakan perhimpunan haram adalah menusia yang tidak bertemadun dan seperti orang utan. Bukan saya yang bercakap tapi pemimpin tertinggi UMNO yg bercakap.

UMNO biadap pula kepada sultan

Bagaimana dengan kejadian lantikan MB di Terengganu dan Perlis? Siapa penderhaka yang sebenarnya?. Dahlah Sultan dah luluskan, mereka orang UMNO pulak yang membangkang. Siapa sebenar yang derhaka wahai orang UMNO? Orang UMNO ibarat meludah kelangit.

Tidak seperti ahli komponen BN. Gerakan, MIC dan MCA menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Seperti Koh Tsu Koon, gentleman, mengaku kekalahan. Kalau mengkome ada baca paper Berita Harian bertajuk 20 NGO bantah perlantikan MB Perak dan Exco negeri. Aper kehaenyer tu Yop?

Dalam kenyataan dalam surat kabo tu menyatakan ketidak puasan hati rakyat terhadap lantikan Exco dari bangsa Cina dalam kabinet kerajaan negeri Perak dan menyatakan hak orang Melayu akan hilang. Tanah orang melayu akan hilang. Dan MB akan jadi boneka kepada DAP. Mengkome cakap ikut sedap mulut jer.

Tahukah anda Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menjualkan 63 ribu ekar tanah negeri Perak kepada pembeli berbangsa Cina semata-mata utk membayar gaji semua department PKNP dan perbelajaan PKNP yang berjumlah melebihi ribuan juta RM.mengkome itu (NGO yang buat bantahan tulah) yang jadi boneka kepada orang UMNO. Itu baru sikit terdedah salah laku. Yang lain-lain mengkome nak tahu lagi ker?

Semasa pergolakan mencari calon MB. UMNO dan BN mengajak PAS untuk join BN untuk mentadbir Perak dan menjemput PAS sebagai MB Perak. Betapa terdesaknya UMNO dan BN untuk menyapu duit rakyat. Adakah kita tahu?

Apa aktiviti UMNO dan BN yang dapat meningkatkan pendapatan orang Melayu di Kuala Kangsar. Kalau mengkome kata pembangunan itu dibuat oleh BN, kome silap. Kalau sesiapa jadi pemerintah dia akan buat pembagunan yg sama, cuma beza PAS dengan UMNO. PAS mempunyai prinsip memperjuangkan Islam dan menghapuskan secular, mengajak manusia sejagat hidup cara Islam.Buat apa yang disuruh dalam Islam dan tinggal segala larangan.

Mengkome tau apesal Idris Jusoh tak jadi MB Terengganu. Sebab habis tanah dan projek mega bagi kat Patrick L aka Patrick Badawi. Sultan Mizan pandai dan tau Idris Jusoh dah sapu tanah orang Melayu dan bagi kat adik-adik dan kroni dia. Bagaimana org Melayu sendiri tak menghormati kedaulatan raja sampai sanggup memulaukan majlis angkat sumpah MB. Mengkome suruh sultan pilih tapi bila dah pilih, panas ponggong. Sama macam kes di Perlis. Shahidan orang tak calon masa piliha raya ada hati lagi nak jadi MB perlis.

Posted in Uncategorized
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin