Suara Rakya1

Suara Rakyat: So far ok, tapi masih awal lagi

Oleh RepublikKata

Kerajaan baru Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, antara kerajaan negeri yang paling banyak ditekan. Tekanan itu datang daripada pelbagai isu, termasuklah dalam hal Timbalan Menteri Besar (TMB) yang kelihatan cuba dipermainkan oleh sesetengah pihak sebagai suatu soal perkauman.

Dalam era kini, yang mementingkan kebahagian untuk hidup, permainan politik perkauman nampaknya punya pengaruh; kalaupun tidak banyak, hingga boleh memecah belahkan keharmonian masyarakat Malaysia, yang multi-kaum dan multi-ideologi.

Kerajaan negeri Selangor, yang mempunyai komposisi penduduk yang sama rata, menjadi pusat latihan atau pusat ujian bagi politik anti-perkauman ini tertegak. Jika politik anti-perkauman berjaya, kita boleh melihat Selangor menjadi sebuah negeri yang maju serta berdaya saing.

Untuk itu, pihak RK telah menanyakan beberapa soalan kepada beberapa orang responden bagi mengetahui serba sedikit tentang hal negeri Selangor, khususnya tentang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimana dengan permulaan kerajaan pembangkang ni? Di bawah Khalid Ibrahim, lebih spesifik lagi.

IE, Manager Lokasi Kedai Serbaneka: Buat masa ni tak nampak lagi isu berbangkit. Setakat ni ok lagi. Tak nampak lagi agenda-agenda nak dibuat.

Hairil, Pekerja Projek: Hmm… Aku belum nampak apa-apa tapi so far ok…rakyat Selangor pun boleh terima kerajaan negeri baru. Cuma aku tunggu perubahan-perubahan yang bakalyang dilaksanakan kerajaan BR ni, macam taarif air, agihan projek, dll. Aku mula goyang juga, pasal ada 2 projek aku kena hold. Tapi tengoklah macam mana nanti, harap-harap kerajaan BR ni lagi bagus.

Owin, Pegawai Undang-undang: So far changes yang obvious tak nampakla tapi S Alam still terpelihara. Kawan-kawan mak aku cakap dia tak bagus sangat coz rasuah.

Anis, Lepasan U: Biasa jer. Parking masih kena bayar, harga barang tak turun-turun jugak. Tak de beza pun dengan yang lama, Cuma sesetengah manusia makin naik minyak adalah.

Azmir, Pegawai Bank: Ada satu masalah untuk ******, pasal tak dapat gantung gambar MB baru (Tan Sri Khalid Ibrahim) bersama-sama PM dan Agong. Buat masa ni kat cawangan gambar MB baru tak de lagi.

Gromofonrock, Pekerja Swasta: So far ok. Dia telah pun menjalankan apa yang tertulis pada manifestonya. Salah satunya tariff air dikurangkan sebanyak 60%. Selangor akan bertambah maju. Yang lain akan dijalankan akan datang times to times.

Amran, Pegawai Undang-undang: So far doing good, but still too early, anyway, already some popular decision he made like to sell exco luxury colony, review water pact wether first 20 cubic free for domestic usage permissible, 30% exco allowance for charity,. He is an ex-businessman. His experience in business world can be useful in state economy.

Spyz, Blogger: Pendekatan berhati-hati MB amat dialu-alukan kerana Selangor adalah sebuah negeri yang komposisi kaumnya agak sama rata. Oleh itu pendapat semua kaum perlu diambil kira dalam setiap keputusan.

CD, Engineer: Setakat ni ok tapi masih awal lagi nak cakap. Tekanan cukup kuat terutama daripada orang Melayu Selangor (dipelopori UMNO) tentang isu timbalan MB.

Farid, Pegawai Bank: Aku manala tau.. bukan ada urusan dengan gomen pun… lagi pun aku malas nak amik tau, aku sokong BN yang menang pembangkang. Dah sah-sah aku tak gemor diorang memerintah. Hidup UMNO, hidup BN, hidup Melayu.

Haris Zakapli, Wartawan Kanan Siasah: Kena tengok dasar-dasar yang dibuat nanti. Tapi nampak ada usaha untuk merawat masalah yang ditinggalkan kerajaan dulu, eg jual rumah exco, isu air.

Pasal DEB?

Ijad, Aktivis teater: Aku punya pandangan dari mata rakyat biasa yang tak paham sangat sistem social. Bangun sampai tido balik, KERJA! Aku tak pernah paham DEB tu apa benda. Yang aku paham, susu anak aku dah naik 5 kali, tapi gaji aku baru naik sekali. Kerja kuat tak tentu kaya, tapi kabel baik senang kaya. Belajo tinggi belum tentu pandai, tapi banyak duit baru pandai.

Masih lakukah lagi politik perkauman?

Spyz, Blogger: Politik perkauman masih laku mungkin untuk satu generasi lagi tetapi pengaruhnya makin berkurangan. Ini kerana masih wujud pengaruh generasi tua yang melalui zaman memuncak politik perkauman sekitar 50an – 70an. Lagipun, ada ke Negara yang bebas secara penuhnya daripada perkauman? Yang penting adalah toleransi.

Hizairi, Pereka Laman Web: Tak laku dah sekarang ni, India, Cina dan Melayu bergabung. Tapi macam ada agenda lain dari satu-satu kaum.

Pandangan tentang MB Selangor.

Aqil Fitri, Editor ummah-online.com: Aku rasa MB ni lagi bagus dari MB-MB PAS. Sebab MB-MB Keadilan akan mengangkat nilai-nilai piawai pentadbiran antarabangsa. Beza dengan MB-MB PAS yang lebih berminat dengan cara tadbir tafsiran Islam yang maseh kabur.

Jamel, Pegawai Kewangan: Bagi aku Tan Sri Khalid try to do something for rakyat Selangor n try nak kotakan janji-janji PKR. So just bagi ruang n opportunity untuk MB Selangor. We will receive the benefit full or half of it.

Haizad, Pegawai Swasta: Superb beb! Sime Darby dia la beli dari orang putih. Kalau dia bertanding MIC ari tu, jadi pemuda MIC le aku.

Posted in Uncategorized
3 comments on “Suara Rakya1
  1. saya says:

    arifabdull // March 16, 2008 at 3:55 pm

    “DEB tu UMNO punya alat untuk tipu rakyat selama ini.

    Kalau rakyat dah pilih DAP memerintah di P Pinang, apa pasal pulak BN-UMNO boleh paksa DAP laksanakan dasar-dasar permerintahan BN?

    Sejak 1990, PAS di Kelantan tidak laksanakan dasar DEB, tak ada masalahpun?” – arifabdull [dipetik daripada sebahagian komen aku dalam blog Kickdefella]

    “Anda ini kurang cerdik. Di Kelantan berapa peratus orang Melayu? Nak bertanding dengan siapa rakyat di negeri Kelantan tu? Tengok di Perak, apa jadi sekiranya DEB dimansuhkan? DEB menjelaskan mengapa di universiti penuh dengan orang Melayu, kerana adanya sistem kuota berteraskan DEB yg memastikan orang Melayu ‘merasa’ masuk universiti. Ini meneruskan kelangsungan saya dan awak dan ramai lagi untuk bernafas di kalangan bangsa Cina yg dari segi statistiknya bijak-bijak belaka. Anak-anak kita tanpa DEB, Wallahualam. Tengokla di mana saja, kalau ada 20 orang Cina sahaja di fakulti, 20-20 ini lah yg membarisi barisan atas anugerah Dekan, yg Melayu hanya menyelit seketul dua. Ini bukti macammana orang Melayu itu terbela nasibnya, walaupun ‘kureng’ pandainya.

    Katakan DEB itu dimintak dek Uncle Kit dalam sistem pendidikan sahaja..nescaya terbaliklah dunia.

    Ada jugak antara orang Melayu yg mahu memansuhkan DEB? Malang. Sedikit sekali antara kita yg bersyukur..

    arifabdull: aku setuju dengan pandangan RPK dalam hal ini. sila rujuk kedua-dua tulisan beliau yang bertajuk Elementary, my dear Watson dan Throwing the baby out with the bath water. terima kasih!

  2. saya says:

    Yes, only if the Malays sudah bersedia untuk itu.

    Let me ask you sahabat, do you understand what DEB is? Bagaimana peranannya? The system has been there for long, and it actually is taken out little by little, peringkat demi peringkat, by the government, mengikut kesediaan bumiputera itu sendiri. I think all this has been stated clearly in the book, Sejarah Malaysia. Hak istimewa orang kita, sebagai tuan empunya tanah. Hak istimewa, sebagaimana di Kelantan – sape nk beli tanah…mesti samada mak/pak lahir di sana etc – baru boleh beli. I’ve heard they have this kind of system macam di sana. So, this, at a certain level, explains the ‘HAK ISTIMEWA’ oleh DEB. Well di mana-mana negara pun ade maa sistem ini? Hak istimewa yg mahu ditolak oleh orang bumi sendiri. I don’t get it why.

    And do you actually understand, what is the condition of ‘it’ to be removed out totally?; Hanya bila raja/sultan tidak lagi di atas, and hanya bila ketua yg memerintah bukan orang Melayu (both happens, sebagaimana Penang pada masa sekarang. Sad ~). Well, I, and you, mungkin tak akan merasa sangat kesan pemansuhan DEB. Kita adalah orang-orang yg Allah beri sedikit kelebihan dari segi akal-fikiran, ilmu dan peluang belajar, maka Insya Allah peluang kita untuk survive pada masa depan adalah cerah. Tapi Wallahu A’lam, zaman anak-anak kita esok-esok? Yang akan lebih terasa, petani-petani kecil, usahawan bumiputera, budak-budak yg baru nk belajar, budak-budak baru habis SPM nak masuk U, yang baru nak mula berniaga kecik-kecik ke besar-besar ke, yg nak start-start menternak ke, golongan miskin dan sederhana terutamanya, derang akan terasa kesan pemansuhan DEB. We are not from the poor, sebab tu kita tak berapa nak faham dalam menghargai erti peluang serta tak merasa susahnya nak idup selesa. Dua kaum – Chinese and Indian, especially Chinese, sememangnya beruntung. Dengan DEB pun takde kesukaran, rata-rata dah kaya-kaya pun dengan bekerja sendiri hasil berniaga etc. Siap boleh hantar anak ke luar negeri pun dgn duit sendiri. Orang Melayu ramaikah yg sekaya mereka? Keluarga saya tidak. So why in the first place derang nak memansuhkan support system orang Melayu ni? So kalau takde lagi DEB lagi best la orang-orang Cina kot, sebab padang dah rata!! Pandai dan kaya akan mendahului yg lemah dan tidak berdaya. Laws of the jungle kan?

    The DAP intentionally have this for long in mind, and that even their very first agenda bila mereka memerintah! Dah terbukti di Penang pun. Hehe. Well, I’m sure para pemimpin Melayu (yg baik2 itu) telah lama mengetahui hal dan inilah yg mereka perjuangkan selama ini. Yg korup dan bermasalah bukanlah sistem, yg korup adalah sebahagian orang-orang yg menjadi pelaksananya. Well, at least saya tidak dapat menafikan, dengan adanya saya pada tahap saya ini, adalah kerana mereka masih membela hak-hak orang kita. Saudara tak rasa macamtu ke?

    So again, apa ada pada padang yg rata? Akan ratakah bila takde DEB? Ke lagi bertambah ketidak-rataannya?

    Wallahualam.

    arifabdull: Hentikan pemikiran sempit perkauman. Orang Cina pun ada yang miskin, orang India pun ramai yang miskin, suku kaum di Sabah & Sarawak lebih ramai yang miskin (padahal, ekonomi negara ini dikaut dari hasil bumi Sabah & Sarawak). Kenapa dasar ekonomi hanya untuk orang Melayu? Tuan empunya tanah!? Kenapa orang Asli dilupakan, padahal merekalah tuan empunya yang sebenar?

    Malangnya, masih ramai yang tidak sedar bahawa DEB telah berakhir/tamat perlaksanaannya pada tahun 1990. Noktah!

  3. saya says:

    Orang Asli tidak dilupakan as they are BUMIPUTERA as well. Mereka mendapat manfaat daripada DEB.

    But clearly when the DEB is going to be removed, orang Asli akan lebih tidak terbela haknya? Bagaimana nk dibela kalau dah statistik orang-orang pandai dikuasai penuh dengan orang Cina? Macam mana juga orang-orang Bumiputera khususnya Melayu nak dihantar ke luar negara untuk sambung belajar seperti peluang yg kita ada sekarang kalau tidak kerana sistem kuota? Anak-anak Cina terang-terangan lebih pandai (tengok saje di hampir semua IPTA di Malaysia), so ke mana akan dihantar orang-orang Bumiputera, Melayu, Kadazan, Iban, orang Asli yg rata-rata terkebelakang sedikit kepandaiannya daripada mereka? Bukankah anak-anak Cina performed sentiasa dan anak-anak bumiputera rata-ratanya sekadar ‘biasa-biase’ sahaja? Statistic shows we are a bit miles a way Encik Arif, statistic wont lies. Dan to remove DEB means (katakan hanya dalam peluang belajar ke luar negara) = no kuota system, nescaya penuh di luar negara student berbangsa Cina sahaja! DEB dimansuh 1990? I don’t think so.

    Am I racist kerana memikirkan golongan yg lebih lemah dan lebih tidak terbela kerana DEB? Siapa akan berlari dengan lebih laju tanpa DEB? Ratakah padang idamanmu Encik Arif?

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin