Menurut kalendar orang Cina, malam ini adalah hari jadi aku. Memandangkan mak aku adalah orang Cina, maka separuh daripadaku adalah berketurunan Cina. Sebab itu aku nak sambut hari jadi aku pada malam ini dan aku menjemput semua rakyat Malaysia sama-sama datang ke majlis hari jadi aku pada malam ini, bertempat di:-
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Masa : 8 malam
Secara kebetulan ada satu acara anjuran sebuah parti politik di tempat yang sama. Menurut laporan Malaysiakini, bahawa perhimpunan tersebut akan tetap berjalan di Kampung Baru. Kebetulan pula, Raja Petra Kamaruddin yang terkenal itu akan meraikan hari ulangtahun perkahwinannya dengan Puan Marina, juga di tempat yang sama. Jadi senanglah sikit, boleh jalan sekali harung dan anda semua ada alasan lain untuk ke sana. 😛
Klik pada image di bawah, untuk peta lokasi
p/s: acara hari jadi orang Cina tak ada kek dan lilin, tau!
Berkaitan:
– Utusan and UMNO was Scaring The Shit Out of This oleh A Little Taffer’s Room
– Ribuan sambut Anwar bebas berpolitik Malaysiakini
– Black 14: Polis ke rumah pemimpin PKR Malaysiakini
– White 14 TV SMITH
VIDEO: Black 14 2008 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru KL
What a nice coincidence! RPK anniversary and your chinese birthday? Damn..I could never go there coz I’m in Kemaman, tomorrow morning have to go to work early..Anyway, happy chinese birthday to you mate!