Tahanan 6 Tahun ISA Dibawa Ke PRC tanpa Makluman Keluarga

Kenyataan Akhbar: 24 April 2008

GERAKAN MANSUHKAN ISA

1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ingin menarik perhatian semua berhubung tindakan kerajaan yang membawa tahanan-tahanan ISA yang sudah berada di Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) ke Kuala Lumpur dengan sewenang-wenangnya. Tahanan disyaki dikurung di Police Remand Center (PRC) di Balai Polis sekitar Kuala Lumpur tanpa sebab-sebab yang jelas.

2. Mengikut sumber maklumat yang GMI perolehi daripada peguam tahanan, seramai 8 orang tahanan telah dibawa ke PRC untuk tempoh seminggu bermula daripada 19 April hingga 27 April tanpasebarang sebab. Malah menurut sumber berkenaan, tahanan-tahanan berkenaan kemungkinan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Apa yang menghairankan ialah, keluarga dan isteri tahanan tidak tahu menahu tentang perkara ini. Antara tahanan yang dibawa ke PRC ialah:

a. Mat Sah bin Mohd Satray (6 tahun)

b. Abdul Murad bin Sudin (6 tahun)

c. Mohd Khider bin Kader (6 tahun)

d. Abdullah Daud (6 tahun)

e. Suhaimi bin Mokhtar (6 tahun)

f. Sulaiman bin Suramin (6 tahun)

g. Yazid Bin Sufaat (6 tahun)

h. Zaini bin Zakaria (6 tahun)

Tahanan-tahanan tersebut adalah tahanan yang telah ditahan di bawah Akta zalim ISA selama hampir atau lebih daripada 6 tahun. Sudah hampir seminggu mereka dibawa ke PRC namun isteri-isteri mereka masih tidak diberitahu tentang ketiadaan mereka dalam KEMTA.

3. GMI mengutuk tindakan pihak berkuasa memindah tahanan-tahanan dari KEMTA ke PRC di Kuala Lumpur sewenang-wenangnya kerana besar kemungkinan interogasi dijalankan semula ke atas tahanan-tahanan. GMI berpendapat tindakan pemindahan tahanan ke PRC dan interogasi itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan polis telah diberi 60 hari penuh di bawah Seksyen 73 ISA untuk menjalankan sebarang siasatan apabila tahanan ditahan di bawah ISA. Selepas 60 hari, tahanan seharusnya tidak boleh dipindahkan lagi untuk sebarang penyiasatan mahupun interogasi.

4. Lebih penting lagi, GMI bimbang tahanan sekali lagi didera secara mental and fizikal semasa di dalam PRC, di mana keluarga tahanan tidak diberitahu bila dan tempat penahanan manakala tahanan pula tidak mempunyai sebarang akses kepada keluarga dan peguam. Dalam keadaan ini, hak keluarga tahanan untuk melawat tahanan sekali setiap minggu juga telah dirampas kerana mereka tidak tahu di mana untuk melawat suami mereka.

5. Oleh yang demikian, GMI ingin membuat tuntutan berikut:

a. Penjelasan daripada pihak polis dan kerajaan kenapa tahanan tersebut dipindah keluar daripada KEMTA ke PRC di Kuala Lumpur.

b. SUHAKAM perlu membuat lawatan segera dan melawat tahanan-tahanan itu untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik, sihat dan tidak didera secara mental dan fizikal.

c. Kerajaan perlu menyiasat segera tujuan sebenar tahanan-tahanan ini dipindah daripada KEMTA ke PRC Kuala Lumpur dan mengumumkan laporan hasil siasatan.

d. Pihak Kem Kamunting perlu memastikan supaya keluarga tahanan diberitahu setiap kali tahanan dipindah keluar daripada KEMTA dan ke mana tahanan dipindah.

Mansuhkan ISA!

Bebaskan semua tahanan!

Tutup KEMTA!

Posted in Uncategorized
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin