Althantuya dan Najib serta Rosmah

Aku akan ke Pasar Seni jam 8.30 malam ini . Ada pelancaran buku dan gambar di atas adalah kulit depan buku baru itu.

(kemaskini 11 malam: memandangkan ada hal peribadi, aku tidak dapat ke sana tadi)

Aku berminat dengan buku ini mungkin kerana ada gambar Althantuya, kasut dan cemin mata hitam di gambar kulit depannya.

Berita terkini berkaitan Althantuya adalah kenyataan terbuka setiausaha akhbar Najib yang menafikan Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu. Dalam penafian tersebut Najib juga berjanji akan mengheret ke mahkamah sesiapa yang masih mengaitkannya dengan kes Althantuya.

Najib membuat penafian ini setelah Raja Petra Kamaruddin (RPK) menulis mengenainya. RPK kemudian menjawab kenyataan akhbar Najib itu melalui tulisan terbaru beliau. Penafian terbuka oleh Najib ini juga turut mendapat reaksi dan dilaporkan di Asia Sentinel.

Adakah mungkin Najib akan cukup berani untuk mengambil tindakan terhadap RPK dan penulis-penulis blog lain yang menilai kaitan timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan itu berdasarkan keputusan hakim dan juri mahkamah pendapat umum (court of public opinion)?

BERKAITAN

Najib jawab isu Altantuya di blog Petra Malaysiakini

Najib’s wife: Internet stories about me not true Malaysiakini

DPM, wife challenges accusations swirling in Internet Malaysia Today

.

Salam perkembangan berasingan, pada pagi tadi aku bersama teman-teman lain berhimpun sempena sambutan Hari Pekerja (MayDay) 2008 di Dewan Sekolah Confucian, Kuala Lumpur. Setakat ini, tiada berita (kemaskini 6 petang) laporan tentang perhimpunan tersebut di Malaysiakini. Lebih 3,000 orang menyertai acara tersebut yang dimulai dengan perarakan dari Dataran Merdeka sejak awal pagi. Polis bagaimanapun telah mengepung dan menghalang peserta daripada memasuki sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Posted in Buku, Buruh, Demokrasi
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin