Untuk berita penuh, baca di Malaysiakini
Bernama turut melaporkan berita yang sama;
Kerajaan Mungkin Kaji Semula Harga Petrol Pada Oktober
PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) — Kerajaan mungkin sekali lagi mengkaji semula harga petrol bulan depan (Oktober), kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Khamis.
Beliau berkata jika minyak global berharga AS$109 setong hingga akhir tahun, kerajaan mungkin mengurangkan harga bahan bakar di pam.
“Harga minyak mentah global kini ialah AS$109 setong. Jika ia kekal pada paras itu, pastinya saya sangat gembira untuk mengurangkannya sebanyak 15 sen berbanding harga semasa RM2.55 (di pam),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan, di sini hari ini.
Mungkin?!!
Maksudnya, mungkin akan dikaji dan mungkin tidak akan dikaji.
Berdoalah….
TOLONG PRESURE GOMEN BE END TO TURUN KAN HARGA MINYAK , APA YANG PAK LELAH TUNGGU LAGI. HARGA MINYAK DAH BAWAH US100 PER BAREL. PAK LELAH TAK TAU NAK BUAT KERJA KASI SAMA PM POST TO DSAI. REFORMASI !