Segera mansuh ISA atau rakyat akan berHARTAL

“Tolong mansuhkan ISA, sekarang!!!”

Itulah ucapan sempena Hari Raya aku sampaikan kepada Pak Lah. Aku tak tulis kad ucapan raya untuk Pak Lah. Bukan, aku tak hantar ucapan hari raya di atas melalui sms. Ucapan itu aku sampaikan dengan lafaz tegas secara bersemuka dengan Pak Lah, di rumah terbukanya di PWTC kelmarin.

Tentu saja aku akhiri pertemuan beberapa saat itu dengan ucapan, Selamat Hari Raya.

Berita tentang aksi ini dilaporkan Malaysiakini dan Malaysia Insider. Akhbar milik MCA, The Star hanya berani memetik komen-komen negatif menteri-menteri UMNO yang memburuk-burukkan imej Hindraf (yang melakukan missi serupa).

Ada yang berpendapat tindakan kami kelmarin sebagai tidak sopan kerana berdemo di majlis hari raya, malah ada juga komentar di Internet menganggap kami telah mengganggu acara keagamaan. Kedua-dua pandangan di atas adalah dangkal dan mungkin saja berniat jahat untuk memburukkan imej inisiatif rakyat ini.

Pertamanya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan telah dijemput secara terbuka menghadiri rumah terbuka itu aku adalah tetamu Pak Lah. Dalam keadaan waras aku tidak akan menyertai mana-mana kumpulan yang nak berdemo di mana-mana rumah terbuka atau kenduri kahwin. Sebab, jika ada demo mesti akan datang FRU dan akibatnya mungkin aku akan dipukul FRU atau ditangkap Polis.  Potong stim la kalau dibelasah atau disiram meriam FRU di majlis rumah terbuka atau mana-mana kenduri. Aku datang ke PWTC kelmarin untuk berhari raya dan bukan berdemonstrasi. Bezanya, cuma aku ada selitkan permintaan khas dalam ucapan hari raya aku. Umpama anak muda yang mengunjungi rumah terbuka ketua kampungnya, lalu bersalaman dan mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada ketua kampungnya yang mengidap kencing manis. Salahkah si anak muda tadi menasihati atau mendesak tuan rumah rumah terbuka itu agar mengelak memakan makanan manis?

Keduanya, rumah terbuka adalah rumah terbuka. Janganlah pula ada pihak yang nak kelirukan kita bahawa rumah terbuka Pak Lah semalam adalah majlis suci yang setaraf ‘acara keagamaan’. Di mana-mana rumah terbuka, samada dianjurkan oleh Pak Mat, Ah Weng atau Chandra matlamatnya adalah sama – meraikan sesuatu. Kelmarin, aku memilih untuk meraikan hari raya bersama-sama kawan-kawan Anak Bangsa Malaysia di rumah terbuka Pak Lah. Cumanya, aku bukan datang beraya untuk makanan atau duit raya (seperti ketika zaman kanak-kanak dulu).

Memandangkan aku tidak menerima sebarang penerangan jelas bagaimana dan apakah perancangan dan matlamat akhir missi kelmarin, maka aku secara tak sengaja telah terbersalam sambil menyampaikan ucapan di atas kepada Jean, Najib (tapi, aku tak pedulikan Bik Mama…wakakaka) dan Hishamkerismuddin (mungkin kerana terpengaruh berita dia mengkritik penahanan ISA, baru-baru ini? wakakaka).

Setelah missi selesai, hampir semua mengaku bahawa mereka menolak untuk bersalaman dengan isteri serta menteri-menteri yang lain. Tak pe la tu, kan? hehehe

Aku tidak makan apa-apa di rumah terbuka itu hanya kerana aku tengok tidak ada di kalangan kami menjamah makanan yang dihidang, tambahan pula hidangan kelihatan tidak sedappun dan kebetulan pula aku tidak lapar (deit supaya tidak gemuk seperti Bik Mama). Bagaimanapun, kerana terlalu dahaga aku minumlah setengah cawan air kosong yang disediakan.

Haris merujuk tindakan kelmarin itu sebagai ‘Hartal ISA’.

Perkataan Hartal itu membawa makna berbeza dengan apa yang telah berlaku kelmarin. Bagi aku, mungkin saja ia boleh dikatakan sebagai inisiatif kearah ‘Hartal ISA’ yang sebenar, atau ‘Prelude to Hartal ISA‘. Namun, adalah bagus jika aksi-aksi kecil seumpama ini dapat diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada ‘Aksi Massa Kritikal’ bagi tujuan yang sama. Mengambilkira jumlah kehadiran aksi kelmarin hanya melibatkan puluhan dan bukan ribuan angka, namun aku setuju secara keseluruhannya ia juga adalah sebahagian daripada ‘Aksi Massa’ yang mendesak ISA dimansuhkan. Termasuklah aksi 3 ribu orang di Puduraya Sabtu lepas. (seronok tengok Uncle Zorro dapat berhari raya dengan ‘cinaman polis‘…. wakakaka!!)

Dengan aksi dan ucapan hari raya kelmarin, aku sangat berharap Pak Lah ‘ada telur’ untuk menyahut cabaran rakyat dengan segera memansuhkan ISA. Jika beliau gagal melakukannya (dalam masa terdekat – segera!), aku harap kita semua secara bersama perlu melancarkan ‘Hartal ISA‘ yang sebenar di seluruh negara.

P/s: BERITA BAIK…. aku dengar Pak Lah akan buat rumah terbuka lagi. Kali ni di Kepala Batas pada hari raya ke-4. Harap-harap setiap orang yang datang majlis tu dapat bersalam raya dengan Pak Lah dengan membawa pesanan ikhlas desak mansuhkan ISA.

Tagged with: , , , ,
Posted in Blogger, Demokrasi, ISA, Personal
2 comments on “Segera mansuh ISA atau rakyat akan berHARTAL
  1. ckchew says:

    Syabas, u sebenarnya menyampaikan hasrat sekalian pada dollah the lame.

  2. Palaniappan says:

    Sewaktu bersalaman dengan Pak Lah tolong sampaikan pesanan ini : Sebelum meninggalkan jawatan PM, mansuhkan ISA agar nama Pak Lah sentiasa dikenang dalam sejarah Malaysia.

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin