Rockybru mempertahankan pembohongan Utusan Malaysia?

Hampir termuntah aku membaca posting terbaru blogger yang bangga mengaku sebagai Presiden National Alliance of Bloggers nih.

Mungkinkah sejak dari awal lagi beberapa orang penulis blog seperti Susan Loone, Kickdefella, Haris Ibrahim, uncle Zorro, Black dan ramai lagi telah menghidu ‘udang disebalik batu’ penubuhan kumpulan ini? Biar mereka yang menjawab bagi pihak mereka sendiri.

Tapi aku memang secara terang-terangan tidak setuju dengan penubuhan badan ini, sejak dari mula lagi. Pada masa tu lagi aku dah dapat melihat dengan jelas agenda kelompok Mahathir di dalamnya. Agenda pertama mereka adalah untuk memecahkan kebersatuan di kalangan peserta kumpulan sosio-politik Blogger United (yang asal, dimulai antaranya oleh Susan dan Shieh). Agenda jahat ini berjaya mereka laksanakan dengan sempurna.

Pada bulan Mei 2007, aku pernah menulis tentang kemelut tersebut; All-Blogs Hijacked – Part1 (hilang bersama http://www.arifabdull.com) & All-Blogs Hijacked – Part 2.

Klik di SINI untuk melihat pingback asal dalam blog Susan

Adalah sangat ‘dangkal dan bengong’ bagi seorang bekas editor akhbar perdana mengaitkan tindakan Umno Cheras mengutip Tabung Azan Untuk Utusan Malaysia itu dengan perjuangan Kebebasan Akhbar. Tak ada kaitan langsung!!

Yang aku nampak, Syed Ali Alhabshee ada agenda lain nih. Almaklumlah, sekarang nih musim pemilihan UMNO.

Teresa yang jadi mangsa ISA, Utusan Malaysia yang kena saman, alih-alih ketua UMNO Bahagian Cheras yang dapat lonjakkan namanya sebagai PEMBELA MELAYU & PEMBELA ISLAM sejati.

Sebanarnya, ini adalah corak gerak politik amalan Mahathir selama ini. Biarkan orang lain jadi mangsa, pastikan dia yang menang.

corak = patern

~~~~~~

Bagi tujuan rujukan pada masa akan datang, aku sengaja letak di bawah ini screenshot posting Rockybru bertajuk Indefence of Utusan Malaysia itu. Di bawah sekali tu, aku nak kongsi bersama komen yang aku hantar di dalam blog beliau berkaitan perkara ini (manalah tahu kalau-kalau dia berat hati nak siarkan komenku itu… hehehe)

Nasib baiklah aku tak pernah ade niat nak join National Alliance of Bloggers (National, heh?).

Nasib baik jugak aku tidak pernah nak mengendeng di mana-mana acara kelompok penyokong Mahathir nih… hehehe

Nasib baiklah sorang blogger terkenal (my uncle) pernah nyatakan kepada aku bahawa kelompok nih memang sah adalah hamba kepada Mahathirisme… (Blogger terkenal tu pun join grup ni pada mulanya).

Kalau tak, tentu sial sampai mampus aku kena berketuakan seorang pendukung Mahathirisme sejati.

~LEGA RASANYA~

Tagged with: , ,
Posted in Blogger, Demokrasi
12 comments on “Rockybru mempertahankan pembohongan Utusan Malaysia?
  1. susanloone says:

    Arif, you pandai dan bijak.
    Posting u memang interesting dan tepat.
    Nampaknya ada “perkembangan” baru dalam etika journalisme – hak untuk memfitnah, dan hak ini harus di perjuangankan oleh wartawan-wartawan.
    Hahahaha.
    Kita duduk seorang-seorang lebih baik kan?

    makasih… keh keh keh
    tapi, yang part1 sudah hilang😦

  2. kalau rocky tak bersetuju dengan anda, adakah dia menjadi seteruk orang yang anda anggap sebagai musuh?

    kalau semua perlu ikut kata anda dan parti sokongan anda, cara itu tak ubah seperti corak pemerintahan diktator.

    Susan loone, anda perlu jawab kenapa anda sanggup sebarkan sms kontroversi najib dalam blog anda. Adakah itu satu tindakan bertanggungjawab? Dari mana sumber sms tersebut? Kenapa Najib tidak saman saudari?

    Ariff abdul, national alliance of bloggers tidak perlukan seseorang seperti kamu, menunggu masa mencari peluang sebegini untuk menegakkan pendirian kamu untuk tidak menyertai mereka.

    anda mesti tidak menyukai cara saya memberikan komen, kerana ianya tidak memuji, menyokong saudara. Saya lihat saudara sukar untuk ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’.

    Biarkan rocky dengan buah fikiran beliau.

  3. Mohd Sham says:

    Dok dang nok mikir pasal politik sebab banyak sangat kecelaruannya…. Jadi pemerhati je lah….

  4. The Penquin says:

    While i support Rockybru in the freedom of the press I also support the right to sue. The action taken by UMNO Cheras is not a fight against freedom of the press which Rockybru is stressing on but more of a personal attack on Theresa.

  5. thaqif says:

    Jaga-jaga sekarang si Rock ni sudah cuba mengendeng TG Nik Aziz,nak war-warkan agenda melayu mahathir lah tu.najis dah kedepan,mukhriz pun dah mendahului kj,tocang si rb ni makin menegak nanti.

  6. Joe Rakyat says:

    In utusan’s case, it’s not a matter of media freedom. It’s about the media being used as a political tool to harm an innocent MP. utusan was used as a political tool by its masters to smear Teresa Kok, and later used as the basis for unjustly arresting her under the draconian ISA.

    The media is supposed to be the fourth estate, the bastion of TRUTH and JUSTICE that reports without fear or favour. Where is utusan’s truthfulness and fairness in this matter? They didn’t even bother to check the facts before accusing Teresa. These accusations have since been found out to be false, as even the mosque leaders have come out in defence of Teresa.

    Furthermore, utusan continues to demonise Teresa as anti-Islam and anti-Malay, which is clearly not the case. Ask Datuk Zaid Ibrahim, who has vouched for Teresa’s character. Also, Teresa gave utusan time to apologise, which they refused to do so and have instead continued to demonise her at every chance — so who can blame Teresa for suing them?

    utusan’s malicious behaviour has even led to molotov cocktails being lobbed into her parents’ home. How can anyone defend utusan’s behaviour in this matter? The facts already show that utusan is clearly in the wrong, so why don’t they apologise and make this suit go away?

    In a nutshell, YES, the media must be given the freedom to report the truth without threats of repercussion but the media, especially in Malaysia, must NEVER be used as a tool of political masters to harm the innocent.

    I call upon the public to reject the racial ploys of self-serving politicians, reject the return of mahathirism, reject the ISA, and to BOYCOTT UTUSAN UNTIL IT OFFERS A FORMAL AND UNRESERVED APOLOGY TO TERESA. JR

  7. Macam mana aku boleh tak tau kewujudan blog ini?


    u x tau sebab ini blog org kecik jew, low profile plak… hehehe
    Shhhh!!! Jangan bagitau orang u terjumpa blog nih… keh keh keh🙂

  8. rastom says:

    U hampir muntah, I dah lama muntah hijau pekat dengan Utusan, apalagi dengan entri si Rocky. Apa nilai jurnalisme utusan yang nak dibela kalau raison d’etre nya hanyalah sebuah organ parti politik. Terkini pula, editor senior tulis cerpen yang cukup sengal!

  9. afrar yunus says:

    salam sdra,
    kawan-kawan kita ni bila dia menulis macam tiada orang lain dah hebat. bila dah kena buang dari akhbar, dia kata “dulu saya buat ini, saya bertentangan pandangan dengan si polan, saya berlawan arus” dsb. bila cari kot-kotlah ada tulisan semacam itu daripada mereka, habuk pun tarak.dok nampak najib nak naik, kot-kot selama ni dok angkat mahathir boleh diberikan ganjaran pulak.

  10. zorro says:

    read my latest posting….and thanks for the confidence…see you on Sunday?

  11. ventura says:

    RockyBru as in it name has far more than truly understand what the meaning of harmonious integrity of Malaysia fundamental. The Malaysian people have beginning to understand whether the Rockybru is known as a respected journalist or just a mere puppet to be pull upon into the string of the politician.

    What he is getting out of it?
    As champion to the Malaysian community?
    As champion to the Malay supremacy?
    As champion to the Islamic revolution?
    As champion to UMNO transgression?
    As champion to the low morale and dignity of the Malays?

    More to say that this journalist that convene to the blend of politician career has actually taint and corrupt the early pureness of journalist responsible into reporting truly and has set in biasness and deception with the purpose to malicious the serenity of the harmonious relationship of race in Malaysia, our beautiful nation and purity of character.

    People need and trouble that stir the order of the livelihood not being reported but rather choose to incite the racist adversary.

    Freedom of press is to the limit of one biasness and skew of perspective of political influence.
    Even opinion should be carefully digest and share as not to offend the nation of many cultures and traditions.

    So we believe the journalist who wrote with the purpose to incite malicious is with the intend to corrupt the pureness of the reporter. This shall be send for retraining to rehabilitate to the genuinely of pure journalism and practice.

    So Rockybru should reflect what have Malaysia being transformed to after Malaysia has achieved independence over 50 years. These are as a result of blending of culture and racist evolution and harmonic fusion. We can’t go further without this essence and it is a destiny in the will of God.

    Is RockyBru killing the will of God?

  12. rasupal says:

    Rockybru seems to be a bit blur nowadays. Malaysia is on the road of destruction. Najib will finally pull the screen for BN.

    Read my thoughts on RAHMAN theory. UMNO dynasty and RAHMAN theory-Rise and Fall of “RAHMAN”

    http://www.malaysianaffairs.blogspot.com

    rapusal,
    i think he may knows n not blur but concurs to Najib as Mahathir’s proxy PM.
    am wondering why there no such ulamas or muftis dare to declare the RAHMAN theory is totally ‘syirik’. isn’t it equally to ‘nujum’ or forecast?
    For me, RAHMAN theory is just a ridiculous myth…

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin