Polis Petaling Jaya telah melarang kita menggunakan lilin.
Kenapa pening-pening kepala? Inilah masanya untuk kita semua berkreatif dan inovatif. Anda sendiri boleh membuatnya. Berdasarkan panduan DIY (sendiri-lakukan) yang disediakan di Reject Mahathirism, aku akan cuba membuatnya sendiri.
`
Kita hanya perlukan:-
1). Lampu suluh
2). Cawan (kertas/plastik)
3). Tebuk lobang pada cawan anda (lobang tempat masukkan lampu suluh)
4). Anda mungkin akan memerlukan gam atau cellophane-tape untuk melekatkan lampu suluh dengan cawan anda.
5). Hasilnya, bergantung kepada daya kreativiti dan inovasi yang anda miliki.
Dengan lampu suluh rekaan ini, anda boleh menggunakannya ketika berada di 2 acara pada malam ini.
PJ Anti-ISA Vigil
Tarikh: Ahad, 23 Nov 2008
Tempat: Depan MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
Masa: 8.00 malam
Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut.
ATAU
[…] one of them, blogger Arif Abdull: Yes, we weren’t charged […]
hi arif, your ‘cina’ mom here, I will see you on Sun nite vigil!
Nice one. Creative too. Heheh… Now I have another idea for the vigil. Thanks man