Teori RAHMAN adalah tahyul

Malaysiakini memetik laporan Bernama berkaitan fatwa pengharaman senaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Nampaknya pergerakan silat dan seni mempertahankan diri juga wajib berasa kecut perut, selepas ini. Mamandangkan banyak juga amalan kumpulan seni mempertahankan diri ini, seperti acara semah dan buka gelanggang mungkin dapat ditakrifkan sebagai khurafat.

Tapi, aku pelik juga dengan majlis fatwa nih. Kenapa mereka terlepas pandang terhadap satu teori yang nyata-nyata bertentangan dengan Islam, iaitu teori yang mengatakan bahawa Perdana Menteri negara ini adalah bersandar kepada teori RAHMAN. Teori RAHMAN adalah tahyul kerana ia bersifat ramalan, sama hukumnya seperti menilik.

Siapa pengganti Nabi Muhammad SAW, sebagai khalifah pun tidak pernah ditentukan secara mistik sebegini.

Aku menentang teori RAHMAN kerana ianya adalah anti-demokrasi. Sepatutnya, semua rakyat Malaysia berhak untuk memilih siapa perdana menteri mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, pedih hatiku apabila hak aku memilih perdana menteri ditidakkan oleh hanya satu teori bodoh.

Sebagai rakyat Malaysia, pedih hatiku apabila hak aku memilih perdana menteri ditidakkan oleh hanya sekumpulan 190 ketua bahagian UMNO yang bodoh.

Sebagai rakyat Malaysia, pedih hatiku apabila hak aku memilih perdana menteri ditidakkan oleh hanya seorang Mahafiraun yang bodoh.

Bagaimanapun, tak perlulah majlis fatwa menyibuk dengan mengharamkannya pula kerana aku sendiri tidak pernah menaruh kepercayaan kepada teori karut ini. Hanya mereka yang mudah dibodohkan akan terpedaya dengan pembohongan yang direka melalui teori ini. Berdasarkan kepercayaan teori ini, para penganutnya meletakkan nama-nama perdana menteri Malaysia seperti berikut:

Rahman

Abdul Razak

Hussein Onn

Mahathir Mohamad

Abdullah Ahmad Badawi

Najib Abdul Razak (suami si Rosmah, bakal PM?)

Namun, jika anda bijak sedikit berbanding pelajar sekolah Tabika Kemas, anda sudah tentu tahu mengeja nama sebenar mereka, seperti berikut:

Abdul Rahman

Abdul Razak

Hussein Onn

Mahathir Mohamad

Abdullah Ahmad Badawi

Mohd Najib Abdul Razak (betulkah dia akan jadi PM?)

Posted in Blogger, Demokrasi, Pilihanraya
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin