AWAS! Melodi Operasi Lalang mula bergema di Malaysia

Kepada semua Anak Bangsa Malaysia,

Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nada dan melodi yang mereka sedang lagukan kini.

Menjelang Operasi Lalang dulu, aku masih kecik. Tapi, melalui pembacaan bahan sejarah kini aku tau apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu.

Apa yang berlaku?

Beberapa pihak bertelagah di dalam UMNO. Bergaduh. Berebut jawatan. Untuk selesaikan masalah, mereka perlu mencari kambing hitam untuk dikorbankan. Maka, merekapun membangkitkan isu-isu perkauman. Orang MCA kecam orang UMNO, pemimpin UMNO mengutuk pemimpin MCA, dan polemik perkauman ini berterusan menghangatkan suasana politik di media dan surat khabar.

Akhirnya, satu operasi menangkap beratus orang menggunakan ISA dilancarkan, kononnya untuk menenangkan keadaan (demi kententeraman awam?). Ironinya, mereka yang bertelagah dan kecam-mengecam tadi (yang membangkitkan isu perkauman) tidak terlibat dalam senarai tangkapan. Malangnya, beratus orang aktivis hak asasi dan ahli politik pembangkang telah disumbat ke dalam ISA yang zalim itu.

Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia tidak perlu berasa pelik kenapa Mahafiraun Kecil ini tiba-tiba mendesak supaya sekolah jenis kebangsaan ditutup.  Beliau sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh orang UMNO dahulu.

Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia tidak perlu berasa terperanjat kenapa Chua Soi Lek tiba-tiba menolak “ketuanan Melayu”.  Beliau sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh orang MCA dahulu.

Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia jangan gusar apabila GGMM mahu menyaman Chua Soi Lek.  Mereka sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh kuncu-kuncu UMNO dahulu.

Ini semua hanya lakonan belaka.

Selepas Operasi Lalang 1987 itu, MCA, MIC tetap saja bersekongkol dengan UMNO dan mereka akan terus bersekongkol menipu seluruh rakyat Malaysia.

Nak tau lebih lanjut, datanglah beramai-ramai ke Forum Anti-ISA di Majlis Peguam, 8 malam ini.

Posted in Demokrasi, ISA
5 comments on “AWAS! Melodi Operasi Lalang mula bergema di Malaysia
  1. Web Sutera says:

    Assalamualaikum,

    Emm..kelihatan ada benarnya komentar saudara. Harus diteliti secara tuntas.

  2. Alias says:

    Pak Lah telah dijadikan kambing korban bagi menyelamatkan UMNO.

  3. thaqif says:

    Rasanya saudara betul dalam hal ini,dan kita perlu berhati-hati.

  4. rais says:

    sememamgnya sekolah satu aliran saja yg perlu ada dari dulu lagi..lihat saja Thailand dan Indonesia..jadi tiada salahnya jika Mukhriz ulang kembali cerita lama kerana mereka juga suka usik hal Mekayu..

  5. manba says:

    Saya seorang anak malaysia keturunan india, saya sendiri setuju bahawa system pendidikan perlu digabungkan untuk memupuk perpaduan:

    1) untuk sekolah rendah: sekolah vernacular perlu dikurangkan and hanya satu system pendidikan perlu diwujudkan. sebagai penyelesaian setiap sekolah perlu mewajibkan pelajar mengambil satu bahasa tambahan di kurikulum mereka. Bahasa tambahan tersebut boleh jadi Mandarin, Tamil, Arab, B.Jepun dan mesti diambil peperiksaan PMR/SPM.

    2) untuk sekolah menengah: sekolah berasrama dan matrikulasi perlu mempunyai campuran pelajar semua kaum mengikut peratusan pupulasi seperti 70 bumiputra and 30 bukan bumiputra.

    3) Semua pelajar perlu mengambil peperiksaan yang sama seperti pmr, spm dan stpm untuk memasuki university tempatan. pelajar-pelajar matriculation just perlu menduduki peperiksaan umum seperti stpm.

    Hanya dengan implementasi semua diatas baru perpaduan boleh dipupuk, pelajar semua kaum boleh bergaul bersama, belajar bersama-sama dan menjadikan negara in berjaya bersama-sama.

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

December 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin