Baru dapat sms dari Isham, tentang berita sedih bahawa kawan kita Shukri, bekas wartawan Suara Keadialan (SK) telah meninggal dunia awal pagi tadi.
Berita ini telah disahkan oleh saudara Ebrahim wartawan SK.
Aku terhutang budi dengan arwah, terutamanya ketika aku ditangkap Polis PJ pada 9 November 2008, beliaulah yang telah menyelamatkan motorsikal yang aku tinggalkan di sekitar Publik Bank. Shukri ketika itu sedang membuat liputan perkembangan penangkapan kami sehingga lewat jam 3 pagi.
Kepada semua kawan-kawan yang berkenaan, sila datang ke rumah beliau di Brickfield (hadapan Vivikenanda).
it’s kinda sad for me too. dlm ym kira2 seminggu sblm arwah meninggal, dia betul2 excited nak celebrate birthday dia. nak buat itu dan ini. hajat arwah tak sampai. he’s a nice guy. i’m gonna miss him
Innalillahiwainnailaihirajiuun…
semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Aminnnn….