Mengatakan CINTA adalah bahaya merupakan teori paling dangkal, sesat dan mengelirukan.
Manusia yang menolak CINTA adalah golongan manusia yang gagal.
Cinta (loves) bukan punca kepada masalah manusia. Punca masalah yang sedang menimpa manusia adalah PEMILIKAN (rukun iman kapitalis) yang akhirnya menimbulkan sifat TAMAK. Sifat Tamak inilah yang membawa kepada pergaduhan, peperangan dan banyak lagi penyakit menimpa manusia kini.
Sifat pemilikan bukan sifat semulajadi manusia, sedangkan cinta hakiki adalah sifat yang wujud sejak manusia lahir di dunia. Pemilikan hanyalah wujud apabila manusia zaman purba mula belajar menternak dan menanam tumbuhan. Mereka kemudiannya memagar kawasan tanaman dan ternakan mereka. Proses pemagaran ini berkembang dan membesar sehingga membina sempadan negara. Akibatnya berlakulah perang berebut sempadan dan takluk-menakluki antara negara-negara ini. Yang menang akan menakluk (memiliki) negara yang kalah.
Sedangkan, cinta hakiki bukan untuk memiliki, tidak juga bermakna dimiliki. Jika anda percaya bahawa apabila anda mencintai seseorang (atau sesuatu), bermakna anda telah memiliki dan dimiliki olehnnya, maka anda telah gagal memahami hakikat cinta yang sebenarnya. Pengertian dan definisi cinta anda telah berjaya dipengaruhi oleh sifat PEMILIKAN – fahaman anutan kapitalis (musuh rakyat miskin itu).
Tiada bukti menunjukkan mana-mana manusia yang tidak bercinta dengan manusia lain (atau apa saja) adalah baik dan suci. Malah, manusia paling jahat yang mencuri simpanan bakal jemaah haji di Tabung Haji beberapa tahun lalu itu bukannya seorang Mat Cintan dari Bangsar Utama. Dia dikatakan merupakan seorang Ustaz, Haji, Melayu dan beriman(?).
Hentikanlah dakyah mengelirukan manusia dari memahami kebobrokan kapitalis dengan menjaja nama Allah swt.
p/s: korang lahir pun kerana mak dan bapak korang bercinta…. lainlah kalau derang main entot-entot tanpa perasaan cinta… dan korang pun lahir wakakakakaa
Aku tak berapa setuju.
Pemilikan juga sifat semula jadi manusia.
Sejak kecil budak-budak sudah berebut mainan, dan tahu “ini saya punya”.
Tidak semestinya kita ,enolak kapitalisme, kita perlu menolak sebarang pemilikan.
Setuju dan saudara betul dengan kenyataan saudara, bahawasanya cinta dan kasih sayang adalah antara perasaan yang paling murni sekali di dalam manusia.
Cinta dan kasih bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan sesama manusia dan menjadi penegak kedamaian dan keamanan, tetapi cinta dan kasih juga menjadi tunggak kepada kebenaran, kejujuran dan amanah, kerana mereka yang benar-benar bertindak dengan rasa sayang atau cinta di hati sudah tentunya bertindak demi kebaikan, dan bukan untuk keburukan orang lain.
Sekian.
P.S.