Special Bunch (SB) yang terdiri daripada sekumpulan blogger Barisan Rakyat bersama BloggersNetwork baru saja selesai bertemu dengan YAB Dato’ Seri Nizar dan pegawai-pegawai penting dalam Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang. Perbincangan dilakukan dalam keadaan kondusif dan sangat berhasil.
Namun, aku merasakan bahawa ada satu perkara penting yang terlupa atau gagal ditonjolkan dalam perbincangan tadi.
Harus diingat, semasa pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu, Pakatan Rakyat telah menang besar kerana (salah satu daripadanya) rakyat percaya bahawa, jika menang pilihanraya Pakatan Rakyat akan mansuhkan ISA.
Kalau nak kata ISA adalah isu kebangsaan (nasional), kerana isu tempatan mahu diutamakan, aku rasa tak betul sepenuhnya. Memandangkan Kem Tahanan ISA sekarang terletak di Kamunting (bersebelahan Bukit Gantang). Sanggupkah pengundi di Bukit Gantang melepaskan peluang untuk menunjukkan kepada Umno bahawa Pusat Tahanan ISA tidak sepatutnya berada di negeri Perak?
Ketuanan Rakyat vs Ketuanan Melayu ( baca; Ketuanan Umno)
Dalam perhimpunan Agong Umno yang baru saja berakhir hari ini, mereka mendesak supaya semua jawatan-jawatan penting terutamanya Naib Chansellor universiti-universiti mestilah ‘orang Umno’. wakakakaa!!!! Benarkah Umno memperjuangkan orang Melayu? Kerana, bukan semua orang Melayu adalah ahli Umno. Maknanya, bangsa Melayu bukanlah perjuangan Umno, jauh sekali untuk mereka menyedari kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat adalah TEMA UTAMA pilihanraya-pilihanraya kecil yang sedang kita hadapi ini.
I took this list of important bloggers from The Whisperer
Umno perlu menang dalam PRK di bukit gantang ini. Jikalau kalah dalam PRK bukit gantang, ini memberi isyarat yang jelas oleh rakyat, bahawa peralihan kuasa di perak tidak direstui oleh rakyat. Walaupun UMNO berjaya menggunakan kuasa istana untuk mendapatkan restu, tetapi mereka tidak boleh menggunakan kuasa rakyat. Apapun, yang bersalah adalah pemimpin UMNO dan BN yang leka dengan kuasa sehingga mengabaikan kebajikan rakyat. Bila mengalami banyak kekalahan PRU lepas, baru ingin menunjukkan keperhatinan terhadap rakyak. Pada saya, ia sudah terlambat kerana rakyat perak telah melihat keadilan dan keharmonian kerajaan PR. Sudah pasti mereka ingin kerajaan PR ini terus berkuasa.
kuat tenaga semua orang melayu boleh untuk berjaya