UKM4: Pihak berkuasa teruskan tindakan menjelang peperiksaan

Susulan kes 4 mahasiswa UKM didakwa melanggar AUKU oleh pihak berkuasa universiti kerana kononnya terlibat di dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor pada tahun lalu, saya mendapat khabar bahawa mereka bakal terpaksa menghadap mahkamah tatatertib pada 6 dan 7 April ini.

Tindakan pihak berkuasa UKM dalam kes ini memang ‘berniat jahat’ (mala fide)  kerana secara terang-terangan dilakukan untuk ‘menganiaya’ keempat-empat mahasiswa terbabit memandangkan tarikh prosiding pendakwaan itu bakal dijalankan menjelang hari peperiksaan. Pihak berkuasa UKM seolah-olah sengaja memilih tarikh tersebut untuk memastikan supaya tumpuan kepada proses menyediakan pembelaan diri mereka terjejas akibat kesibukan mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Memandangkan kesemua mahasiswa terbabit bakal menduduki peperiksaan akhir pengajian yang penting untuk menentukan samada mereka lulus pengajian atau tidak, maka tindakan pihak berkuasa UKM sengaja memilih tarikh di atas sudah pasti bertujuan bagi mewujudkan gangguan serta tekanan emosi mendalam ke atas mahasiswa terbabit sehingga menjejaskan persediaan dan tumpuan mereka dalam menghadapi peperiksaan juga.

Saya juga dimaklumkan bahawa  prosiding tatatertib kali ini bakal dilaksanakan pihak berkuasa UKM walaupun proses rayuan untuk menyemak keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur sebelumnya bersabit perkara ini masih lagi berlangsung.

Kepada semua pihak yang prihatin, harap dapat membuat sebarang riaksi dalam apa jua bentuk atau tindakan sebagai tanda sokongan terhadap nasib mahasiswa UKM4 — mangsa tindakan zalim penguasa UKM yang memperalatkan AUKU.

Posted in Demokrasi
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other followers

April 2011
M T W T F S S
« Sep    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin