Surat terbuka buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Datuk Seri,

Saya akan menulis secara ringkas dan manis.  Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya.

Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, jika bagunan itu musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan [di tempat lain – penterjemah]?

Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.

Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.

Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum a la 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu.

Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.

Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang. Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

[Terjemahan bebas arifabdull terhadap Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tulisan RPK]

Posted in Demokrasi
8 comments on “Surat terbuka buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  1. […] “The people are ready. The next ‘revolution’ is not going to be a race riot a la May 13. It is going to be a class struggle. And I am with the Rakyat on this, never mind my so-called Royal background.” – Raja Petra Kamaruddin, (as in his Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, also available in Bahasa Malaysia version, here) […]

  2. chong says:

    yes, don’t stop until you succeed. the rakyat is with you!!!

    tendang kerajaan BN yang haram!!!

  3. Hisamitsu says:

    salam anbiya’… Datuk Seri jgnlah dikau sesekali gentar dgn gertakan Tuanku serta permainan politikus pengecut kerajaan.. walau kami jauh dihadapan Datuk Seri, tetapi kamilah org pertama dibelakang Datuk.. ikhlas dr mahasiswa2 malaysia…

  4. yeop says:

    Terus kan perjuangan DS Nizar. Mahasiswa UPSI mendoakan kejayaan DS menentang kebatilan

  5. Suara Rakyat says:

    Allah maha berkuasa dari segala-galanya… Allah hu Akhbar….

  6. Katak hunter says:

    Salam buat DS Ir Nizar. Kehadiran DS menepati ruang dan masa dalam mencari Umar Abdul Aziz. DS adalah tokoh hari ini, esok dan hari-hari seterusnya. Teruskan berjuang membela rakyat. Kami berdiri teguh di belakang DS. We pray Allah is always with you. Kami teramat kepingan melihat iblis-iblis dan syaitan-syaitan umno dinyahkan dari bumi Malaysia ini.Lawan tetap lawan. ALLAH THE GREAT!!!!

  7. membar pencen Lembah Keramat says:

    Lawan Tetap Lawan

  8. yazid says:

    a’kum…tahniah di atas kejayaan dan kemenangan ds dalam PRK Bukit Gantang.Rakyat perak khasnya bukit gantang telah mengambil kuasa dan menjadi sultan pada hari ini 7hb april dengan mengadili rampasan kuasa oleh umno/bn dibawah najib yang tidak sah.Saya berharap langkah seterusnya dimahkamah akan mencapai kemenangan ke dua dan seterusnya menyingkirkan zamry sebagai MB yang tidak sah.Saya berdoa semoga DS Nizar akan kembali menjadi Menteri Besar Perak.Teruskan perjuangan dengan sabar,saya akan berdiri dibelakang DS sambil berdoa.. sesungguhnya kebenaran akan menang dan batil akan hancur.Allah maha besar..

Comments are closed.

Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other subscribers
March 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin