Pindah/moved

Blog ini berpindah ke www.arifabdull.com

.This blog has moved to www.arifabdull.com

.
OR
Sebarang maklumbalas dan persoalan, sila tinggalkan pesanan di sini.
Any feedbacks and inquiries, kindly leave your message here.

Posted in Blogger, Blogroll, Demokrasi

Ubah Tiang Gol: SPR Akan Laksana Urusan Persempadan Semula

PUTRAJAYA, 1 April (Berinama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses mengubah tiang gol (a.k.a persempadanan semula) bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mengubah tiang gol itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan  Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan. Read more ›

Tagged with: , , , , , ,
Posted in Demokrasi, Pilihanraya

UKM4: Pihak berkuasa teruskan tindakan menjelang peperiksaan

Susulan kes 4 mahasiswa UKM didakwa melanggar AUKU oleh pihak berkuasa universiti kerana kononnya terlibat di dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor pada tahun lalu, saya mendapat khabar bahawa mereka bakal terpaksa menghadap mahkamah tatatertib pada 6 dan 7 April ini.

Tindakan pihak berkuasa UKM dalam kes ini memang ‘berniat jahat’ (mala fide)  kerana secara terang-terangan dilakukan untuk ‘menganiaya’ keempat-empat mahasiswa terbabit memandangkan tarikh prosiding pendakwaan itu bakal dijalankan menjelang hari peperiksaan. Pihak berkuasa UKM seolah-olah sengaja memilih tarikh tersebut untuk memastikan supaya tumpuan kepada proses menyediakan pembelaan diri mereka terjejas akibat kesibukan mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Memandangkan kesemua mahasiswa terbabit bakal menduduki peperiksaan akhir pengajian yang penting untuk menentukan samada mereka lulus pengajian atau tidak, maka tindakan pihak berkuasa UKM sengaja memilih tarikh di atas sudah pasti bertujuan bagi mewujudkan gangguan serta tekanan emosi mendalam ke atas mahasiswa terbabit sehingga menjejaskan persediaan dan tumpuan mereka dalam menghadapi peperiksaan juga.

Saya juga dimaklumkan bahawa  prosiding tatatertib kali ini bakal dilaksanakan pihak berkuasa UKM walaupun proses rayuan untuk menyemak keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur sebelumnya bersabit perkara ini masih lagi berlangsung.

Kepada semua pihak yang prihatin, harap dapat membuat sebarang riaksi dalam apa jua bentuk atau tindakan sebagai tanda sokongan terhadap nasib mahasiswa UKM4 — mangsa tindakan zalim penguasa UKM yang memperalatkan AUKU.

Posted in Demokrasi

UKM 4 Live Update

Refresh/Reload (press F5) your browser to get the latest update for UKM4 here —>>

Sila Refresh/Reload (tekan butang F5) untuk dapatkan laporan terkini kes UKM4, di sini –>>

Posted in Demokrasi
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other subscribers
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin