Ubah Tiang Gol: SPR Akan Laksana Urusan Persempadan Semula

PUTRAJAYA, 1 April (Berinama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses mengubah tiang gol (a.k.a persempadanan semula) bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mengubah tiang gol itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan  Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“SPR dah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan mengubah tiang gol itu ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun,” katanya dalam temuramah dengan Bernama dan RTM di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata setelah lima kali urusan mengubah tiang gol itu dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh perlembagaan dilakukan SPR.

“Apa  yang dilakukan SPR seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu sama ada bahagian Parlimen atau negeri diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu di mana jumlah pemilih berkurangan,” katanya.

Bagi masalah itu, Abdul Aziz berkata SPR terpaksa mewujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari dua daerah pentadbiran berlainan terutamanya di bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen di Sabah dan Sarawak, namun tindakan itu dianggap tidak melanggar Prinsip-prinsip Mengubah Tiang Gol.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu diubah tiang golnya, beliau berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu, secara kasarnya di negeri-negeri yang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai jumlah kerusi yang genap.

“Jadi SPR mengalukan sebarang cadangan daripada semua pihak mengenainya.

Semua pihak termasuk parti-parti politik boleh memberikan cadangan atau saranan untuk dipertimbangkan, namun keputusan muktamad di tangan SPR,” katanya.

Beliau berkata empat prisip mengubah tiang gol yang ditetapkan ialah kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak melanggar sempadan negeri.

Kedua, mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian.

“Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan selain mengekalkan hubungan masyarakat tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata proses mengubah tiang gol itu masih bergantung kepada persetujuan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri bagi kerusi DUN.

WAKAKAKAKAKAAAHHHHH!!!!

Tagged with: , , , , , ,
Posted in Demokrasi, Pilihanraya
Twitter Update

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1,592 other subscribers
April 2011
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Please click Here to download and put this banner in your blog.

Blog Stats
wordpress stats plugin